TIDAK dapat mengikut rentak dan arus kehidupan mewah yang dijalani suami dan keluarga mentuanya, seorang wanita muda dari Guangzhou, China dilaporkan  mengambil keputusan membakar kesemua koleksi beg berjenama yang dimilikinya, baru-baru ini.
Aksi berkenaan sempat dirakamkan seorang jiran di kawasan kediaman mereka.
Si isteri, Xiao Tong lahir dalam keluarga serba kekurangan namun sejak mendirikan rumah tangga dengan suami kaya, dia menjalani kehidupan mewah seperti diidamkan kebanyakan wanita di luar sana.
Idea membakar beg-beg itu dikatakan muncul selepas Xiao Tong melihat aksi dalam drama romantik yang seakan-akan menceritakan perjalanan hidupnya.
Disebabkan itu, dia tidak teragak-agak membakar beg jenama terkenal termasuk Louis Vuitton, Prada dan Hermes miliknya.
Bagaimana pun apabila gambar-gambar ini menjadi viral, sesetengah netizen tidak percaya ianya benar-benar berlaku dan menganggap ini semua lakonan pasangan ini semata-mata bagi memancing perhatian masyarakat sekeliling.
Ada yang menulis komen, “Berdasarkan gambar ini saya boleh bagi rating satu daripada 10, ia adalah palsu”.
“Jalan cerita menarik, mainan jurukamera juga begitu, produksi mana ini ya?” tulis seorang netizen lain.
Nampak tak? Terlalu banyak benda palsu kat China sampai rakyatnya sendiri payah nak percaya apa pun. – MYNEWSHUB.CC