• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, June 16, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kaji Semula Dasar Pengiraan Pendapatan Bagi Pinjaman Rumah

oleh Ahmad Albab
02/06/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA KINABALU – Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) mahu kerajaan mengkaji semula dasar pengiraan pendapatan bagi pembiayaan pinjaman perumahan untuk memudahkan dan melayakkan penjawat awam membeli rumah.

Presiden Cuepacs Datuk Azih Muda berkata kajian semula itu termasuk mengambil kira elaun-elaun tetap sebagai sebahagian gaji dalam pengiraan pendapatan bagi pembiayaan perumahan sama ada melalui pinjaman kerajaan atau bank.

“Ini kerana, hari ini, hanya gaji pokok sahaja diambil kira dalam pengiraan pendapatan untuk membuat pinjaman rumah. (Ini akan menyebabkan) ramai penjawat awam tidak mampu untuk membeli rumah.

“Jika elaun tetap diambil kira, (ia akan membantu) penjawat awam terutama yang baru disahkan jawatan untuk membuat pinjaman rumah dan mungkin pinjaman sudah selesai di akhir perkhidmatan mereka,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Perwakilan Tritahunan Cuepacs Sabah di sini hari ini.

Azih berharap kerajaan akan melihat perkara itu kerana dikhuatiri ramai penjawat awam terutama di Sabah dan Sarawak tidak layak untuk membeli rumah memandangkan harga rumah yang semakin mahal di negeri terbabit.

“Isu rumah adalah isu paling dominan dalam negara kita. Tiada maknanya jika kita bekerja dan ada gaji tetapi kita tidak memiliki rumah sendiri,” katanya.

Sementara itu, Azih juga mahu kerajaan menetapkan kadar elaun wilayah yang lebih bersesuaian selain mahu elaun wilayah itu lebih anjal seiring dengan kenaikan kos sara hidup.

Mengenai bonus raya, Azih berkata pihaknya akan mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bagi membincangkan pemberian bonus sebulan gaji kepada 1.6 juta penjawat awam untuk persiapan Aidilfitri nanti.

Katanya pertemuan untuk menyampaikan suara dan hasrat penjawat awam mengenai bonus Raya itu akan dilakukan dalam tempoh terdekat.

“Kami berharap perdana menteri memberi pertimbangan sewajarnya,” katanya.

Cuepacs yakin pemberian bonus sebulan gaji itu akan lebih memberi rangsangan kepada produktiviti kerja penjawat awam sekali gus membantu mereka dalam membuat persiapan Aidilfitri pada tahun ini, katanya. – BERNAMA

Tags: CuepacsKerajaanRumah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Protes Jalanan Jadikan Negara Tidak Stabil, Pelabur Rasa Bimbang – Saifuddin Nasution

Protes Jalanan Jadikan Negara Tidak Stabil, Pelabur Rasa Bimbang – Saifuddin Nasution

15/06/2026
0

KULAI – Kerajaan sentiasa berusaha memastikan bekalan minyak mencukupi bagi mengelakkan rakyat berasa marah sehingga mencetuskan protes di jalan raya...

Tidak Perlu Ubah Kerajaan BN Johor Yang Stabil, Ekonomi Meningkat, Tiada Isu 3R – Eric Lim Sian See

Tidak Perlu Ubah Kerajaan BN Johor Yang Stabil, Ekonomi Meningkat, Tiada Isu 3R – Eric Lim Sian See

13/06/2026
0

JOHOR BAHRU – Pempengaruh media sosial yang sering mengulas isu politik, Eric Lim Sian See berpandangan Johor yang mencatatkan prestasi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd