Tuesday, June 18, 2024

Creating liberating content

Singapura Pun Turun Kadar...

SINGAPURA - Pihak Berkuasa Pengangkutan Darat Singapura (LTA) mengumumkan bermula 1 April, bayaran...

Agih 1,000 Naskhah Al-Quran...

KUALA LUMPUR - NGO Antarabangsa Malaysia hari ini mengagihkan 1,000 naskhah al-Quran kepada...

Yuran Peguam Biro Bantuan...

KUCHING - Badan kehakiman sedang mengkaji semula struktur bayaran khidmat bantuan guaman untuk...

Alexis Jaring Gol Pertama...

ALEXIS Sanchez menjaringkan gol pertama Manchester United dalam kemenangan Liga Perdana Perdana Inggeris...

Video Viral: Lelaki Ini Belayar Bersama Seekor Ayam

KISAH pelayaran seorang pemuda, Guirec Soudee, 24, bersama seekor ayam betina bernama Monique sejak Mei 2014 kini menjadi viral di media sosial.

Guirec dan Monique mula menjadi perhatian netizen selepas cerita pengembaraan dan video di Facebook tentang mereka sudah ditonton melebihi sejuta kali.

2

Guirec dan Monique memulakan pelayaran dari Canary Islands menuju St Bart di kepulauan Carribean dan kini bot mereka berada di Greenland.

“Ketika saya baru memulakan pelayaran Monique berusia empat bulan. Sebelum itu, saya terfikir untuk membawa kucing tetapi jika membawa kucing, terlalu banyak yang perlu diuruskan,” kata Guirec.


Dengan membawa ayam bersamanya, Guirec mendapat bekalan telur ayam sepanjang perjalanan mereka. Secara purata, Monique menghasilkan 6 biji telur seminggu walaupun berada di kawasan yang sejuk.

Guirec turut menyediakan rebah khas untuk Monique yang akan digunakan ketika mereka mengharungi cuaca buruk seperti ribut kencang.

Selepas ini mereka akan belayar merentasi Selat bering menuju ke Alaska. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori