• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Video Misteri, Penghadang Masjid Gerak Sendiri

oleh AK-47
16/06/2016
dalam Hangat, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

JEMAAH Masjid Jamek Tedong, Melaka digemparkan dengan rakaman CCTV kejadian aneh, dua penghadang kayu dalam masjid berkenaan bergerak dengan sendirinya.

Kini, rakaman berdurasi 1 minit 48 saat itu telah tersebar dan menjadi viral di media sosial.

Menerusi video  tersebut, penghadang masjid dilihat bergerak sendiri beberapa meter bermula di belakang pintu solat wanita hingga ke bahagian tepi masjid.

Menurut siak masjid Zakaria Lani, kejadian aneh itu dirakam pada 25 Mei lalu, kira-kira jam 2.30 pagi.

Jelasnya, pihak pengurusan masjid hanya menyedari insiden itu dua minggu kemudian selepas dia dan seorang lagi jemaah secara kebetulan memainkan rakaman CCTV tersebut.

“Kami memainkan rakaman CCTV untuk melihat aktiviti murid Sekolah Kebangsaan Tedong yang mengadakan qiamullail di masjid ini, 28 Mei lalu dan tidak menyangka melihat kejadian itu.

“Pada mulanya saya menyangka penghadang kayu itu ditiup angin tetapi arah pergerakannya melawan angin menyebabkan kami kehairanan. Ia seolah-oleh digerakkan sesuatu yang tidak dapat dilihat.

“Bagi saya kejadian aneh itu bukan bertujuan menakut-nakutkan mana-mana pihak, sebaliknya lebih kepada mengagungkan kekuasaan Allah,” katanya dalam laporan disiarkan Harian Metro, hari ini.

Dalam pada itu Zakaria memberitahu, terdapat hikmah tersendiri apabila masjid berkenaan mula dikunjungi lebih ramai golongan muda yang mengadakan program qiamullail, susulan kejadian tersebut. – MYNEWSHUB.CC

Tags: masjidvideo
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Nga Kor Ming Salur RM72,000 Kepada 24 Buah Masjid, Tradisi DAP Eratkan Silaturahim

Nga Kor Ming Salur RM72,000 Kepada 24 Buah Masjid, Tradisi DAP Eratkan Silaturahim

11/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Nga Kor Ming memaklumkan beliau meneruskan tradisi murni DAP dengan menyalurkan...

Firdaus Wong Tegur NGO Islam, Masjid, Surau Anjur Perayaan Agama Lain

Firdaus Wong Tegur NGO Islam, Masjid, Surau Anjur Perayaan Agama Lain

09/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Pendakwah bebas, Firdaus Wong Wai Hung mengkritik badan bukan kerajaan (NGO) Islam, masjid dan surau yang 'terhegeh-hegeh' menganjurkan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd