Sunday, April 28, 2024

Creating liberating content

PRU14: DAP, PKR, PAN...

KUALA LUMPUR – Pakatan Harapan perlu menyatakan kerusi mana yang akan ditandingi oleh...

Kedutaan Argentina Mohon Bantu...

KUALA LUMPUR - Kedutaan Argentina di Malaysia memohon bantuan orang ramai untuk mengesan...

Budak Dakwa Diculik Van...

SEJAK semalam, media sosial digemparkan dengan berita kejadian seorang kanak-kanak lelaki yang nyaris...

Tengku Maimun Dilantik Ketua...

PUTRAJAYA - Hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Tengku Maimun Tuan Mat dilantik sebagai Ketua...

Video: Bahaya! ‘Bonggol Terbang’ Di Subang Jaya

BONGGOL ‘maut’ yang dibina di kawasan lintasan pejalan kaki di Persiaran Jengka, Subang Jaya dikatakan mengundang bahaya kepada pemandu yang memandu laju di kawasan terbabit.

Menerusi perkongsian video yang kini giat dikongsikan di laman sosial, orang ramai dinasihatkan supaya tidak memandu laju di kawasan terbabit yang menghubungkan penduduk di SS14 dan SS18 itu.

Berdasarkan pemerhatian kami, beberapa kenderaan yang dipandu laju kelihatan melayang dan bergeser kerana tidak menyedari wujudnya bonggol berkenaan yang hanya dicat dengan jalur kuning.

Biarpun memandu perlahan, dapat dilihat sebuah kenderaan turut bergeser akibat bonggol berkenaan yang dikatakan terlalu tinggi.

Malah sebuah kenderaan jenis Perodua Myvi dilihat seakan ‘ingin terbang’ dan hampir membahayakan nyawa pemandu itu setelah kenderaannya hilang kawalan seketika.

Perkara ini lantas ditunding jari kepada pihak pemaju, Prasarana Malaysia Berhad (PRASARANA) akibat gagal meletakkan tanda amaran bagi mengelakkan pemandu memandu laju di kawasan terbabit.


Kesilapan kontraktor PRASARANA akibat tidak meletakkan papan tanda serta lampu isyarat membuatkan pemandu tidak memperlahankan kenderaan sewaktu melalui jalan tersebut.

jalang

jeng

Difahamkan setelah mendapat aduan daripada orang ramai, pihak pemaju dikatakan telah mengambil langkah susulan bagi mengatasi masalah itu dengan meletakkan kon yang banyak, sekaligus membuatkan pengguna yang melalui jalan berkenaan pada waktu malam menyedari kewujudan bonggol berkenaan. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori