• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, December 5, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Usia 69 Tahun Masih Panjat Pokok Kelapa

oleh Ahmad Albab
01/06/2016
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

Baling – Sudah berusia 69 tahun namun Saad Bahadun masih gagah mengambil upah memanjat pokok kelapa yang menjadi sumber pendapatannya selama hampir 40 tahun.

Berasal dari Kampung Carok Semeliang, Weng, di sini, Saad berbasikal sejauh 25 kilometer dari rumahnya ke pekan Baling bagi mencari pemilik pokok kelapa yang mahu menggunakan khidmatnya.

Saad mampu memanjat sekurang-kurangnya 10 pokok kelapa sehari dan bagi setiap 10 biji kelapa diturunkan, dia mendapat empat biji sebagai upah yang kemudian dijualnya kepada peniaga santan dengan harga RM1.50 sebiji.

“Saya terpaksa bertahan dengan kerja memanjat kelapa walaupun usia lanjut kerana hanya ini kerja yang saya boleh buat.

“Walaupun ramai menasihatkan supaya cari kerja lain, namun saya tiada pilihan kerana inilah sumber rezeki saya sekeluarga,” katanya.

Banyak kenangan pahit dan manis yang dilaluinya sebagai pemanjat pokok kelapa, antaranya diserang tebuan yang bersarang di tandan kelapa serta pernah memacak Jalur Gemilang di sebatang pokok kelapa ketika ulang tahun kemerdekaan negara yang ke-52.

Saad perlu menanggung lima anak berusia antara tiga tahun hingga 20-an dengan pendapatan tidak menentu iaitu purata tidak lebih RM20 sehari.

Rumah beliau juga uzur dengan dinding dan bumbung bocor. Orang ramai yang mahu menghulurkan bantuan boleh menghubungi talian 019-4920006. – myMetro Online

Tags: kelapawarga emas
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Duda Warga Emas, Ibu Tunggal Ditahan Berkhalwat

Duda Warga Emas, Ibu Tunggal Ditahan Berkhalwat

01/09/2025
0

Melaka: Lapan pasangan dicekup berkhalwat menerusi Operasi Cegah Jenayah Syariah (OCJS) di beberapa hotel sekitar Bandaraya Melaka, awal pagi semalam....

Mayat Warga Emas Ditemukan Hampir Reput Di Ruang Tamu Rumah

Mayat Warga Emas Ditemukan Hampir Reput Di Ruang Tamu Rumah

05/08/2025
0

KUALA KRAI: Seorang wanita warga emas ditemui meninggal dunia dengan mayat hampir reput di ruang tamu rumahnya di Flet Sri...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd