• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

UMNO Semporna Masih Utuh – Ramlee Marahaban

oleh Ahmad Albab
28/06/2016
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA KINABALU – UMNO Bahagian Semporna masih utuh dan berfungsi seperti biasa walaupun beberapa anggota jawatankuasanya bertindak keluar dari parti itu semalam, kata Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Bugaya, Datuk Ramlee Marahaban.

Beliau berkata UMNO Bahagian Semporna akan terus wujud kerana ramai pemimpin berkelayakan yang mampu menggalas tanggungjawab parti itu.

“UMNO Semporna akan berfungsi seperti biasa kerana selain mempunyai Timbalan Ketua UMNO Bahagian, Datuk Seri Nasir Tun Sakaran, naib-naib ketua Pemuda dan Wanita bahagian masih bersama UMNO Semporna,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Sehubungan itu, beliau menafikan dakwaan Naib Ketua UMNO Semporna, Datuk Dr. Jaujan Sambakong kononnya 300 cawangan UMNO Bahagian Semporna bertindak keluar parti selepas Naib Presiden yang juga Ketua UMNO Bahagian Semporna, Datuk Seri Mohd Shafie Afdal digantung keanggotaannya.

Semalam, Jaujan berkata selain dirinya, Ketua Pemuda Semporna Mohd Aziz Jamman, Ketua Wanita Manis Muka Dara dan Ketua Puteri Zakiah Kalipunya serta 300 ketua cawangan bahagian itu memutuskan keluar parti.

Keputusan itu dibuat selepas mereka menghadiri mesyuarat Anggota Jawatankuasa (AJK) bahagian itu yang dipengerusikan Jaujan, yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sulabayan.

Bagaimanapun, Zakiah hari ini menafikan keluar dari UMNO sebaliknya menegaskan bahawa beliau masih Ketua Puteri bahagian itu.

Ramlee mendakwa semalam, Mohd Shafie menganjurkan majlis berbuka puasa di kediamannya tetapi hanya kira-kira 50 ketua cawangan daripada 503 cawangan UMNO yang menghadiri majlis itu.

“Ramai di antara mereka tidak mengetahui tentang rancangan membuat pengumuman keluar UMNO itu,” katanya.

Menurutnya daripada 28 AJK UMNO Bahagian Semporna, cuma 18 menghadiri majlis itu dan daripada jumlah itu, hanya lima atau enam adalah AJK yang memenangi jawatan dalam pemilihan parti manakala yang lainnya dilantik. – BERNAMA

Tags: UMNO
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

PH Dah ‘Meroyan’, Tiba Masa UMNO Keluar Kerajaan Perpaduan – Akmal Saleh

PH Dah ‘Meroyan’, Tiba Masa UMNO Keluar Kerajaan Perpaduan – Akmal Saleh

17/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Sudah sampai masanya untuk UMNO keluar Kerajaan Perpaduan, kata Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh....

PRN Johor: PH Dakwa BN Bakal ‘Terkubur’

PRN Johor: PH Dakwa BN Bakal ‘Terkubur’

17/05/2026
0

JOHOR BAHRU - Pakatan Harapan (PH) Johor yakin dapat ‘menguburkan’ Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor akan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd