• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 27, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tiada Akses Internet Buat Penjawat Awam Singapura Tahun Depan

oleh AK-47
09/06/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

MELAYARI laman web, membuka media sosial, menonton Youtube atau lain-lain aktiviti ‘hiburan’ melibatkan pengguna internet di tempat kerja merupakan antara faktor produktif berkurangan.

Biarpun pihak majikan akan memantau segalanya dengan menghalang akses ke beberapa saluran, namun masih ada pekerja yang cukup bijak mencari jalan melepasi halangan yang diletakkan oleh pentadbir sistem.

Ini seterusnya membuatkan tahap sekuriti melibatkan sesetengah bangunan awam sering dilabel amat mudah ditembusi.

Menurut laporan Straits Times, kerajaan Singapura akan mengambil langkah drastik dengan menghalang akses internet buat penjawat awam di negara itu bermula Mei tahun depan.

Tindakan ini dibuat bagi tujuan keselamatan dan rahsia negara dari diakses oleh pihak tertentu.

Dianggarkan sebanyak 100 000 komputer penjawat awam akan terputus akses internet mereka.

Bagaimanapun, penjawat awam hanya dibenarkan mengakses internet menerusi peranti pintar peribadi mereka.

Manakala di setiap pejabat kerajaan, hanya beberapa buah komputer khas yang akan diberikan akses internet bagi tujuan rasmi seperti membuka emel.

Masalah intipan dan ketirisan maklumat rahsia amat dipandang serius oleh Singapura. Komputer yang disambung kepada internet pula menurut mereka mudah terdedah kepada penggodam dan serangan malware.

Di Malaysia komputer Jabatan Imigresen telah digodam oleh pedagang manusia sehingga membenarkan kemasukan pendatang tanpa izin secara pukal.

Apa yang dilakukan di Singapura ini adalah amat mengejutkan tetapi keselamatan rahsia negara bukanlah perkara yang harus dipandang remeh. -MYNEWSHUB.CC

Sumber: Straits Times

Tags: internetPenjawat AwamSingapura
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pejabat Menteri Nafi Mohamad Sabu Galak Penjawat Awam Tanam Ganja Di Rumah

Pejabat Menteri Nafi Mohamad Sabu Galak Penjawat Awam Tanam Ganja Di Rumah

14/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Pejabat Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan menafikan imej palsu di media sosial yang mendakwa Datuk Seri Mohamad...

Selat Hormuz: Malaysia Negara Berdaulat Berhak Ambil Langkah Strategik

Selat Hormuz: Malaysia Negara Berdaulat Berhak Ambil Langkah Strategik

09/04/2026
0

REMBAU - Pemimpin negara lain diharap tidak membuat kenyataan berhubung pendekatan Malaysia dalam mendepani isu sekatan di Selat Hormuz. Menurut...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd