• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Terbangkan Dron Di Kawasan Stesen Pemancar Salah Di Sisi Undang-Undang

oleh Ahmad Albab
24/06/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA TERENGGANU – Menerbangkan gajet ‘dron’ di kawasan stesen pemancar adalah di larang dan mana-mana pihak yang didapati berbuat demikian akan dikenakan tindakan undang-undang, kata Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Jailani Johari.

Jailani berkata penggunaan dron adalah tertakluk kepada kelulusan lesen yang dikeluarkan oleh Jabatan Penerbangan Awam (DCA) dan mana-mana pihak yang ingin menerbangkan dron perlu mendapat frekuensi penerbangan yang dibenarkan oleh DCA.

“Orang ramai perlu mendapatkan kelulusan frekuensi penerbangan dron mereka daripada DCA kerana menerbangkan dron tanpa kelulusan DCA (termasuk di kawasan pemancar) adalah satu kesalahan dan mereka yang didapati terlibat akan dikenakan tindakan undang-undang,” katanya kepada pemberita selepas program Singgah Sahur TM di Stesen Pemancar TM Bukit Besar, dekat sini, malam tadi.

Turut hadir, Pengurus Besar TM Terengganu, Hamidun Ismail.

Jailani mengulas mengenai ancaman penggunaan dron oleh pengguna di kawasan berisiko tinggi termasuk stesen-stesen pemancar di seluruh negara.

Sementara itu dalam perkembangan berkaitan Jailani menggesa mana-mana syarikat telekomunikasi mewartakan stesen pemancar mereka sebagai kawasan larangan kerana ia berisiko tinggi kepada orang awam.

Katanya, selain mengelak daripada diceroboh pihak tidak bertanggungjawab ia juga bagi memastikan keselamatan orang ramai jika berlaku sebarang kejadian yang tidak diingini di kawasan stesen pemancar.

“Bagi stesen pemancar kita (tv dan radio) memang semua telah diwartakan sebagai kawasan larangan dan dikawal 24 jam oleh pihak keselamatan…namun bagi menara pemancar telekomunikasi (yang baharu dibina) ada yang tidak diwartakan lagi sebagai kawasan keselamatan.

“Saya percaya ia perlu diwartakan sedemikian sebab ada antara menara yang dibina boleh mencapai ketinggian 450 meter dan ini boleh membahayakan mana-mana pesawat pada waktu malam,” katanya.

Jailani dalam pada itu turut mengingatkan agar mana-mana syarikat telekomunikasi atau orang perseorangan tidak membina pemancar ‘haram’ kerana ia adalah satu kesalahan dan mereka yang berbuat demikian boleh dikenakan tindakan undang-undang serta menara haram itu akan dirobohkan.

“Ia tidak boleh dibina sewenang-wenangnya kerana pembinaan menara telekomunikasi perlu mendapat lesen daripada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM).

Pada program itu seramai 20 kakitangan TM yang bertugas syif malam diberikan pek makanan yang mengandungi nasi Arab, buah kurma dan sebotol air mineral sebagai juadah untuk bersahur. – BERNAMA

Tags: dronSKMM
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Himpunan Pembangkang: Polis Guna Dron Pantau Pergerakan

Himpunan Pembangkang: Polis Guna Dron Pantau Pergerakan

26/07/2025
0

KUALA LUMPUR: Polis menggunakan dron bagi memantau himpunan pembangkang ditunjangi PAS di sekitar bandar raya ini. Tinjauan mendapati teknologi itu...

18 Individu Ditahan Iran, Didakwa Bina Dron Untuk Israel

18 Individu Ditahan Iran, Didakwa Bina Dron Untuk Israel

19/06/2025
0

TEHRAN - Polis Iran menahan seramai 18 individu di Mashhad kerana disyaki menjalankan bengkel rahsia pembuatan dron intipan dan serangan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd