Sunday, July 21, 2024

Creating liberating content

PM Ucap Tahniah 3...

KUALA LUMPUR - Datuk Seri Najib Tun Razak merakamkan ucapan tahniah kepada tiga...

Kuching Dilanda Banjir Kilat

KUCHING – Hospital Umum Sarawak (HUS) adalah antara tempat yang dilanda banjir kilat...

Elektrik Haram: SESB Perlu...

TAWAU - Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) perlu bertindak tegas dalam menangani kegiatan...

Gempa Bumi Kuat Di...

KUALA LUMPUR - Satu gempa bumi kuat berukuran 6.1 pada skala Richter berlaku...

Tak Sempat Mendarat, Penumpang Dah Beranak

PENERBANGAN Saudi Arabian terpaksa melakukan pendaratan kecemasan di Lapangan Terbang Heathrow, England gara-gara seorang penumpang wanitanya bersalin sebelum sempat tiba ke destinasi dituju.

News.com.au melaporkan, wanita berkenaan melahirkan bayinya dalam kabin ketika pesawat melepasi Ireland Utara dalam penerbangan menuju New York, kelmarin.

Disebabkan kecemasan berkenaan, juruterbang telah mengubah haluan pesawat dan mendarat di Heathrow.

Pesawat dengan nombor penerbangan SV21 itu sebelumnya berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa King Abdulaziz, di Jeddah, Arab Saudi.

Jurucakap Lapangan Terbang Heathrow berkata, sebaik dimaklumkan oleh juruterbang pesawat akan membuat pendaratan cemas kerana urusan perubatan mereka telah bersedia dengan petugas  perubatan dan segera mengejarkan penumbang wanita terbabit ke hospital.

Dalam pada itu gambar kru kabin Saudi Arabian bersama bayi yang dilahirkan dalam pesawat mereka itu, kini menjadi viral.


Kes penumpang melahirkan bayi dalam pesawat bukan perkara baharu.  April lalu, seorang penumpang Jetstar Asia melahirkan bayi lelaki ketika dalam penerbangan, sekaligus mengilhamkan nama Saw Jet Star diberi kepada bayi berkenaan.

Pada 2015, kejadian sama berlaku kepada syarikat penerbangan Air Canada ketika dalam penerbangan dari Calgary menuju Tokyo, Jepun. Seorang penumpang selamat melahirkan bayi perempuan yang diberi nama  Chloe dengan bantuan penumpang lain. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori