• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, June 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Suami Isteri Sorok 5.9kg Syabu Ditahan Di LTAS

oleh Ahmad Albab
12/06/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Pasangan yang mendakwa suami isteri ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Senai (LTAS), di sini, berikutan disyaki cuba mengedar dadah.

Bahan terlarang seberat 5.99 kilogram itu ditemui dalam beg pakaian ketika imbasan bagasi dilakukan, pada 6.05 pagi semalam.

Polis kemudian menahan wanita berusia 35 tahun dan lelaki mualaf 52 tahun.

Mereka turut mendakwa sebagai suami isteri di kaunter mesin pengimbas bagasi lapangan terbang berkenaan.

Ketua Polis Daerah Kulai, Superintendan Razak Md Said, berkata mereka dikesan dalam keadaan mencurigakan ketika melalui kaunter pemeriksaan bagasi.

“Anggota polis bantuan kemudian mengarahkan mereka membuka beg berkenaan tetapi mereka enggan dan memberi pelbagai alasan.

“Pemeriksaan lanjut kemudian dilakukan dengan bantuan polis di Balai Polis LTAS.

“Hasil pemeriksaan, polis menemui enam paket plastik lutsinar yang mengandungi hablur jernih dadah jenis syabu anggaran berat 5,987.72 gram yang disorokkan dalam dua kotak biskut di dalam beg pakaian terbabit,” katanya.

Beliau berkata, nilai dadah yang dirampas mencecah kira-kira RM671,822.

Katanya, hasil siasatan awal mendapati ketika ditahan, suspek wanita yang berasal dari Kluang, yang dijadualkan hendak ke Kota Kinabalu, Sabah, dan akan kembali semula ke Johor Bahru pada hari yang sama.

Katanya, suspek lelaki yang berasal dari Kulai dipercayai menghantar pasangannya itu ke LTAS, pada pagi berkenaan.

“Kedua-dua suspek ditahan bagi siasatan lanjut mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 kerana disyaki mengedar dadah,” katanya. – myMetro Online

Tags: Syabu
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pemandu MPV Rempuh Tol, Tinggal Syabu RM3.3 Juta

Pemandu MPV Rempuh Tol, Tinggal Syabu RM3.3 Juta

01/10/2025
0

PETALING JAYA - Tindakan seorang pemandu kenderaan pelbagai guna (MPV) melarikan diri selepas merempuh palang di Plaza Tol Damansara pada...

Syabu Dirampas, Tiga Buruh Tempatan Ditahan Di Tawau

Syabu Dirampas, Tiga Buruh Tempatan Ditahan Di Tawau

28/09/2025
0

Syabu Dirampas, Tiga Buruh Tempatan Ditahan di Tawau TAWAU, 28 Sept – Polis menahan tiga buruh tempatan dalam siri operasi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd