• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, June 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Setiap Kementerian Disaran Laksana Kaedah CRM

oleh Ahmad Albab
28/06/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Mesyuarat Jawatankuasa Integriti dan Tadbir Urus (JITU) peringkat kebangsaan yang bersidang di sini hari ini menggesa setiap kementerian melaksanakan pendekatan kaedah Penilaian dan Pengurusan Risiko Rasuah atau CRM.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bersempena mesyuarat itu, CRM adalah pendekatan terbaik dalam usaha memerangi rasuah serta mempertingkatkan tadbir urus dan integriti badan-badan kerajaan.

“CRM adalah satu alat pengurusan yang boleh membantu mewujudkan sebuah sistem pengurusan bercirikan anti-rasuah dan mendukung nilai integriti.

“CRM dilaksanakan dengan mengambil kira rasuah sebagai risiko asas dalam sesebuah pengurusan dengan menggunakan pendekatan Penilaian dan Pengurusan Risiko, maka satu bentuk sistem pengurusan yang baik dan berintegriti dapat dilahirkan melalui Pelan Pengurusan Risiko Rasuah,” kata SPRM.

Menurut kenyataan itu, setakat ini sebanyak 22 kementerian dan agensi berisiko tinggi telah dilatih SPRM mengenai CRM.

Mesyuarat JITU hari ini dipengerusikan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tadbir Urus dan Integriti) Datuk Paul Low Seng Kuan.

Mesyuarat itu turut dihadiri Ketua Audit Negara, Tan Sri Ambrin Buang; Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan) SPRM, Datuk Seri Mustafar Ali yang juga Penyelaras Pasukan Khas Perunding JITU; ketua-ketua setiausaha kementerian, setiausaha kerajaan negeri dan ketua-ketua unit integriti kementerian.

Antara kertas kerja atau kertas cadangan yang dibentangkan pada mesyuarat tersebut ialah pemeriksaan terhadap Amalan, Sistem dan Tatacara Kerja dalam Pengurusan; Pengendalian dan Pengesanan bagi Pengambilan Ekspatriat di Jabatan Imigresen oleh SPRM, cadangan Pindaan Akta Pembangunan Sukan 1997–Kuasa dan Tanggungjawab oleh Pejabat Pesuruhjaya Sukan Malaysia (PPSM).

Turut dibentangkan ialah mengenai Usaha-Usaha Memerangi Rasuah serta Mempertingkat Tadbir Urus dan Integriti Dengan Menggunakan Pendekatan CRM oleh Jabatan Pengangkutan Jalan. – BERNAMA

Tags: SPRM
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tiada Unsur Rasuah Pemberimilikan Kolam Takungan Banjir – Hannah Yeoh

Tiada Unsur Rasuah Pemberimilikan Kolam Takungan Banjir – Hannah Yeoh

26/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Tiada unsur rasuah, penyelewengan serta salah guna kuasa dalam proses pemberimilikan enam kolam takungan banjir Dewan Bandaraya...

Rafizi Disoal Siasat Hampir 9 Jam, Sempat Ingatkan Pegawai SPRM Tanggungjawab Muslim

Rafizi Disoal Siasat Hampir 9 Jam, Sempat Ingatkan Pegawai SPRM Tanggungjawab Muslim

05/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Bekas Menteri Ekonomi, Datuk Seri Rafizi Ramli memaklumkan sesi soal siasat hari pertamanya bersama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd