• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, June 5, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Malaysia Kutuk Serangan Pengganas Terhadap Istanbul

oleh Ahmad Albab
29/06/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Malaysia hari ini mengutuk sekeras-kerasnya serangan pengganas terhadap Lapangan Terbang Ataturk Istanbul semalam yang mengakibatkan 36 terbunuh dan hampir 150 orang cedera.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, yang menyatakan rasa terkejutnya dengan berita serangan itu, mengucapkan takziah kepada rakyat Turki terutama keluarga dan mangsa serangan kejam terhadap mereka yang tidak berdosa itu.

“Malaysia berpegang teguh dan sentiasa bersedia untuk bersama-sama dengan semua negara dalam memerangi musuh nombor satu keganasan ini.

“Saya menggesa semua negara Islam supaya bersatu dan meningkatkan kerjasama terutama dalam mengutuk dan memerangi tindakan ganas oleh mereka yang mencela nama Islam,” katanya dalam catatan di laman Facebook beliau @najibrazak.

Laporan agensi berita memetik pegawai-pegawai Tukri sebagai berkata tiga pengebom bunuh diri melepaskan tembakan sebelum meletupkan diri mereka di lapangan terbang antarabangsa utama di Istanbul itu.

Najib berkata serangan pengganas itu menegaskan lagi terhadap keperluan mengadakan kerjasama perisikan dalam memerangi keganasan yang semakin memuncak ini.

Beliau juga berkata mesej bahawa Islam itu agama kedamaian, keadilan dan keterangkuman turut perlu disebarkan seluas-luasnya.

Perdana menteri berkata setakat ini tiada laporan mengenai mangsa rakyat Malaysia dalam serangan itu bagaimanapun Kementerian Luar akan terus memantau rapi keadaan di sana.

Sila hubungi Kedutaan Malaysia di Ankara +(90)312-4463547 atau +(90)312-4463548 untuk pertanyaan lanjut, katanya.

Sementara itu, Persatuan Pelajar Malaysia di Turki (Masat), dalam catatan Facebooknya mengesahkan bahawa sehingga kini tiada pelajar Malaysia yang dilaporkan terlibat dalam tragedi itu.

Masat mengingatkan semua pelajar agar lebih berhati-hati dan sentiasa peka dengan sebarang kemungkinan terutama bagi mereka yang akan pulang ke tanah air dalam masa terdekat. – BERNAMA

Tags: letupan bomTurki
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Aksem Tahan Lelaki Thailand Bawa Pistol & Peluru Hidup

Next Post

Lim Guan Eng Ditangkap SPRM Selepas Mesyuarat Exco

Related Posts

2 Rakyat Malaysia Cedera Letupan Bom Di Narathiwat

2 Rakyat Malaysia Cedera Letupan Bom Di Narathiwat

07/05/2024
0

Kota Bharu : Dua rakyat Malaysia antara lapan individu cedera dalam kejadian bom motosikal di Jalan Phu Pha Phakdi, Daerah...

Tiada Rakyat Malaysia Terbabit Letupan Bom Di India

Tiada Rakyat Malaysia Terbabit Letupan Bom Di India

02/03/2024
0

KUALA LUMPUR: Tiada rakyat Malaysia terbabit insiden letupan bom yang mencederakan lapan orang di sebuah kafe di hab teknologi di...

Next Post

Lim Guan Eng Ditangkap SPRM Selepas Mesyuarat Exco

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd