• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, October 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sekali Lagi, JAKIM Sahkan Mee Segera Ramyeon Halal

oleh Ahmad Albab
dalam Hangat, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

JABATAN Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) sekali lagi mengesahkan produk Mee Segera Ramyeon-Samyang yang sering dipertikaikan di media sosial adalah halal dimakan.

Menerusi satu kenyataan JAKIM menjelaskan, status halal mee segera tersebut kembali diperdebatkan di media sosial dan Facebook JAKIM tidak terkecuali menerima soalan yang sama selepas beberapa pihak mendakwa mee segera itu sebenarnya haram dimakan umat islam.

“Untuk maklumat pengguna, Korean Muslim Federation (KMF) merupakan satu-satunya badan pensijilan halal Korea yang diiktiraf oleh JAKIM buat masa ini.

“Siasatan terdahulu mendapati bahawa produk Mee Segera Ramyeon tidak mengandungi sebarang bahan yang meragukan dan ia merupakan pemegang sijil halal (KMF) yang sah sehingga kini,” ujar kenyataan tersebut.

Tambah JAKIM, KMF mengatakan syarikat yang menghasilkan mee tersebut patuh dan komited terhadap piawaian yang telah ditetapkan dan pemantauan turut dijalankan bagi semua industri yang diberikan sijil halal oleh KMF.

JAKIM juga mengesahkan bahawa laporan analisis Jabatan Kimia Malaysia mendapati tiada DNA babi pada mee segera tersebut.

Sehubungan itu JAKIM meminta supaya penyebaran maklumat palsu berkaitan mee tersebut dihentikan dan sebarang keraguan berkaitan status halal boleh disemak menerusi laman web www.halal.gov.my, melalui aplikasi telefon pintar MyJakim atau hubungi talian tetap 03-8892 5000/1. -MYNEWSHUB.CC

Tags: JakimKoreamee segera ramyeon samyang
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Individu Dakwa Disembur Pemadam Api Di Korea

Individu Dakwa Disembur Pemadam Api Di Korea

27/10/2026
0

Oleh Mynewshub Hasrat mencari peluang pekerjaan di Korea Selatan bertukar menjadi pengalaman pahit apabila seorang individu mendakwa dia bersama rakan-rakannya...

Selepas Sesi Tabayyun JAKIM Dengan Timbalan Menteri Agama, Apa Tindakan Susulan? – Hafiz

Selepas Sesi Tabayyun JAKIM Dengan Timbalan Menteri Agama, Apa Tindakan Susulan? – Hafiz

02/10/2026
0

KUALA LUMPUR - Setiausaha Pemuda UMNO, Hafiz Ariffin mempersoalkan tindakan susulan pihak berkuasa agama selepas sesi tabayyun berhubung kandungan sebuah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd