Sunday, July 21, 2024

Creating liberating content

Cuti Bersalin di 7...

KUMPULAN Malayan Banking Bhd (Maybank) telah mengumumkan tawaran tempoh cuti bersalin sehingga setahun...

Prayut Diberi Sambutan Rasmi...

PUTRAJAYA - Perdana Menteri Thailand, Jeneral Prayut Chan-o-cha yang tiba di sini untuk...

Mayat Remaja Dipercayai Terjun...

TANAH MERAH - Mayat seorang remaja lelaki berusia 18 tahun yang dipercayai terjun...

Rakyat Jangan Tertipu Helah...

JOHOR BAHRU - Rakyat diharap tidak tertipu dengan helah pemimpin Parti Pribumi Bersatu...

Bantu Rakan, Pemandu Grab Nafi Serang Pemandu Teksi

GEORGE TOWN – Seorang pemandu perkhidmatan pengangkutan dalam talian Grab, nafi mengancam dua pemandu teksi warga tua di Jalan Tun Syed Sheh Barakbah di sini.

Hanif Iman Abdullah, 45, berkata dia hanya berada di lokasi tersebut kerana rakannya yang merupakan seorang pemandu Uber memanggil untuk mendapatkan bantuan selepas dikelilingi tujuh pemandu teksi pada pukul 5.30 petang pada Sabtu lalu.

“Seorang pemandu teksi merampas kunci keretanya dari suis. Saya memberitahu mereka bahawa saya datang dengan baik dan meminta mereka untuk memulangkan kunci kereta.

“Sebaliknya mereka menjadi agresif,” katanya ketika dihubungi.

Hanif Iman menambah bahawa dia tidak menaikkan suaranya sebaliknya bercakap dengan cara yang baik untuk menenangkan pemandu teksi.

“Tetapi mereka mendakwa saya menyerang mereka dan ini adalah tidak benar.


“Saya membuat laporan polis untuk menjelaskan keadaan,” katanya.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, ACP Mior Faridalatrash Wahid berkata pemandu teksi dan pemandu perkhidmatan perkongsian tersebut disiasat di bawah Seksyen 147 Kanun Keseksaan kerana merusuh. – mStar Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori