• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, July 6, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Salleh Sokong Tindakan Disiplin Terhadap Trio

oleh Ahmad Albab
28/06/2016
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Dr. Salleh Said Keruak menyatakan sokongan penuh kenyataan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman berhubung keputusan Majlis Tertinggi (MT) UMNO memecat Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Mukhriz Mahathir daripada parti atas kesalahan disiplin.

Musa yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Sabah, dipetik sebagai berkata UMNO Sabah sebulat suara menyokong tindakan itu serta bersetuju keputusan menggantung Datuk Seri Shafie Apdal atas sebab yang sama.

Salleh bersetuju dengan kenyataan Musa bahawa anggota terutama pemimpin mempunyai tanggungjawab untuk menghormati, berdisiplin dan mematuhi peraturan parti.

“Tiada siapa yang boleh mengatasi perlembagaan parti. Jika pemimpin atau anggota menentang parti, tindakan yang sesuai harus diambil demi kepentingan parti,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada Bernama selepas menghadiri majlis berbuka puasa bersama pelajar Sabah yang menuntut di institusi pengajian tinggi dan universiti, anjuran Yayasan Sabah di Pusat Dagangan Dunia Putra di sini malam tadi. Majlis itu turut dihadiri Ketua Menteri Sabah.

Mengulas tindakan Naib Ketua UMNO Bahagian Semporna Datuk Dr. Jaujan Sambakong, tiga ketua sayap dan 300 ketua cawangan bahagian itu yang mengumumkan keluar parti semalam, Salleh yang juga Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Sabah, menggesa anggota parti supaya bertenang dan tidak tunduk kepada propaganda politik oleh mereka yang ingin memusnahkan parti.

“Pemimpin datang dan pergi, tetapi kerana kesetiaan ahli-ahli UMNO kepada parti, UMNO kekal utuh,” katanya. – BERNAMA

Tags: Salleh KeruakUMNO
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PM Anwar Ditegur Buat Kenyataan “Saya Tetap Perdana Menteri”

PM Anwar Ditegur Buat Kenyataan “Saya Tetap Perdana Menteri”

05/07/2026
0

KUALA LUMPUR - Beberapa pimpinan parti politik menegur Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana didakwa membuat kenyataan yang disifatkan...

Rakyat Johor Tolong Tunaikan Hasrat Kor Ming Letak Jawatan – Akmal

Rakyat Johor Tolong Tunaikan Hasrat Kor Ming Letak Jawatan – Akmal

30/06/2026
0

JOHOR BAHRU - Bangsa Johor boleh membantu menunaikan hasrat Timbalan Pengerusi Kebangsaan DAP, Nga Kor Ming untuk melepaskan jawatan menteri....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd