• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 18, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sabotaj myIMMs; 5 Pegawai Imigresen Ditahan Polis

oleh Ahmad Albab
09/06/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Lima pegawai Jabatan Imigresen ditahan polis semalam kerana disyaki mensabotaj pelaksanaan Sistem Imigresen Malaysia (myIMMs).

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata kesemua mereka ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di Sepang bagi membantu siasatan.

Beliau berkata operasi untuk mengesan mereka yang terlibat dalam kegiatan mensabotaj sistem myIMMs akan diteruskan.

“Polis juga ada merampas beberapa barang mereka antaranya dokumen dan siasatan akan diteruskan,” katanya yang enggan mengulas lanjut perkara itu.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Mesyuarat Agung Perwakilan Tahunan Koperasi Polis Diraja Malaysia (PDRM), di sini, hari ini.

Sebelum ini, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang juga Menteri Dalam Negeri dilaporkan berkata kira-kira 100 orang termasuk pegawai Jabatan Imigresen dan anggota sindiket disiasat pihak berkuasa kerana disyaki terlibat dalam mensabotaj sistem myIMMs.

Katanya risikan PDRM dan Jabatan Imigresen mendapati sindiket itu menjalankan aktiviti mensabotaj sistem berkenaan kira-kira enam bulan hingga dua tahun dengan membocorkan data termasuk menggunakan nombor kod tertentu untuk disalah guna.

Laporan Ketua Audit Negara 2015 Siri 1 menyatakan myIMMs yang dibangunkan bagi menyokong operasi utama Jabatan Imigresen kurang memuaskan dan menyebabkan objektifnya terjejas. – BERNAMA

Tags: Imigresenpolis
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Wanita Menyamar Kakitangan Hospital Sultanah Aminah Minta Bayaran Masuk Wad RM30

Wanita Menyamar Kakitangan Hospital Sultanah Aminah Minta Bayaran Masuk Wad RM30

22/04/2026
0

JOHOR BAHRU – Pihak pengurusan Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru (HSAJB) memaklumkan wanita yang menyamar sebagai staf hospital meminta bayaran...

Tular Video Disyaki Curi Kabel Di Ipoh, Polis Minta Orang Ramai Salur Maklumat

Tular Video Disyaki Curi Kabel Di Ipoh, Polis Minta Orang Ramai Salur Maklumat

28/03/2026
0

IPOH: Polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kes disyaki curi kabel di Jalan Pakatan Jaya, Taman Pakatan Jaya...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd