PASIR MAS – Mahkamah Majistret Pasir Mas hari ini memerintahkan seorang remaja lelaki berusia 19 tahun direman bagi siasatan cuba membunuh seorang warga emas yang dikerat kakinya dalam kejadian samun semalam.
Perintah tahanan reman selama seminggu itu itu dikeluarkan oleh Majistret Mohd Izuddin Shukri bermula hari ini.
Semalam, seorang warga emas, Mek Som Mat Diah, 89, putus pergelangan kaki kiri selepas ditetak seorang remaja lelaki yang cuba menyamun di rumahnya di Kampung Tanjung Rendang, Lemal, di sini.
BACA: Remaja Penagih Tergamak Samun, Tetak Kaki Nenek
Dalam kejadian kira-kira 6 petang itu, suspek dilaporkan menceroboh rumah wanita berkenaan dan meminta wang.
Suspek bagaimanapun mula bertindak agresif apabila mangsa dan anaknya enggan memberikan wang yang diminta. – BERNAMA

