• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, July 8, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Rafizi Minta Calon PAN ‘Bom’ Najib Dalam Parlimen

oleh
10/06/2016
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA KANGSAR – Hendak kata ayat jenaka seloroh macam pelik tapi ceramah disampaikan Setiausaha Agung PKR, Rafizi Ramli di Taman Kenas pada Khamis malam bukan sahaja lawak, malah agak kebudak-budakan.

Ahli Parlimen Pandan itu ketika berceramah kempen untuk Parti Amanah Negara (PAN) sempena Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kangsar ternyata menyerlahkan lagi tahap kematangan macam cakap budak kecil belum baligh.

Biasalah jika kanak-kanak merajuk, dia akan kata konon mahu membalas dendam dengan meletupkan bom untuk si lawannya mati hancur seumpama dalam filem aksi lagak ngeri Hollywood atau kartun animasi tempatan BoBoiBoy.

Malangnya ini bukan kisah khayalan sains fiksyen, tetapi ungkapan tidak masuk akal itu tergamak dikeluarkan oleh seorang pemimpin pembangkang terkenal yang konon sering mendedahkan pelbagai kes salah laku berprofil tinggi.

Sudahlah ceramah Rafizi tidak sensitif apabila diadakan pada waktu Maghrib ketika umat Islam masih sibuk buka puasa dan bersiap menunaikan solat sunat tarawih, isu ceramah beliau juga kosong dan membuang masa sahaja.

Menurutnya, pengundi Kuala Kangsar perlu memilih calon PAN mewakili Pakatan Harapan, Prof. Dr. Ahmad Termizi Ramli yang hebat latar belakang akademik dan kerjaya sebagai pakar ternama dalam bidang sains nuklear.

Screen Shot 2016-06-07 at 11.34.25 PM
Prof. Dr. Ahmad Termizi Ramli

Untuk rekod, bekas ahli seumur hidup PAS itu pernah menganggotai Agensi Tenaga Atom Antarabangsa selain panel Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi dalam projek kontroversi bahan nadir bumi, Lynas di Pahang.

Hujah ini kira boleh diterima tetapi kelakarnya Rafizi menjelaskan lagi bahawa kepakaran bekas ahli seumur hidup PAS itu boleh dimanfatkan untuk meletupkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam sidang Parlimen.

Bayangkan, Rafizi mengharapkan pemilihan Ahmad Termizi sebagai Ahli Parlimen Kuala Kangsar akan membuat sebutir bom atom untuk dibaling pula ke dalam bangunan Parlimen dan diletupkan semasa kehadiran Najib.

Alahai Rafizi…. Siap boleh suruh calon PAN yang juga saintis nuklear itu untuk menghasilkan sebutir bom atom dan kemudian diletupkan di dalam Parlimen. Tengok gaya Rafizi berucap pun sudah macam pengganas Daesh pula!

Ironi, kenapa Rafizi tidak suruh sahaja pakar nuklear itu membuat sebutir bom nuklear untuk diletupkan, bukannya bom atom yang pernah digunakan Amerika Syarikat bagi mengebom Jepun zaman Perang Dunia Kedua dahulu.

Ingatkan Rafizi cerdik, tetapi masih budak. Sepatutnya sudah ada pakar nuklear, disuruh pula buat bom atom era datuk nenek kita sebelum merdeka. Jika begitu, lebih baik buat bom petrol, jimat modal! – Mynewshub.cc/HAA

#PRKKUALAKANGSAR

Tags: #PRKKUALAKANGSARKuala KangsarPRK
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

25 Jun Keputusan Kes Pencerobohan Lahad Datu

Next Post

Mahu ‘Tunduk’ Majikan, Campur Air Kencing Dalam Minuman

Related Posts

Amanah Sedia Bertanding Dalam Mana-Mana PRK

Amanah Sedia Bertanding Dalam Mana-Mana PRK

15/08/2024
0

Amanah pada umumnya sedia memberi laluan kepada parti dalam kerajaan perpaduan yang menjadi penyandang untuk dicalonkan dalam mana-mana pilihan raya...

TERKINI PRK: PN Menang Di Sungai Bakap, Majoriti Naik 4,267 Undi

TERKINI PRK: PN Menang Di Sungai Bakap, Majoriti Naik 4,267 Undi

06/07/2024
0

KUALA LUMPUR : Calon Perikatan Nasional (PN), Abidin Ismail menewaskan calon Pakatan Harapan (PH) Dr Joohari Ariffin pada Pilihan Raya...

Next Post

Mahu 'Tunduk' Majikan, Campur Air Kencing Dalam Minuman

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd