• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Rafizi ‘Kecoh’ Orang Luar Taja Jet Untuk Rosmah Ke Turki

oleh
09/06/2016
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA KANGSAR – Inilah jadinya akibat terlalu kemaruk suka sangat cari kesalahan orang lain sehingga tidak sedar memperbodohkan diri sendiri konon mahu dilihat seperti juara dalam memperjuangkan isu rakyat bawahan.

Terbaharu, Setiausaha Agung PKR, Rafizi Ramli tampil pada sidang media di pejabat PAN Kuala Kangsar di sini hari ini semata-mata ingin mendedahkan konon amalan pemborosan isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor.

Beliau mendakwa isteri pemimpin negara tersebut kononnya membazir ‘duit rakyat’ apabila menaiki jet peribadi mewah bernombor pendaftaran ACJ319 disewa khas untuk perjalanan rasmi ke Istanbul, Turki baru-baru ini.

Ahli Parlimen Pandan di Selangor itu turut menunjukkan kepada pemberita dengan lampiran laluan pergerakan jet jenis Airbus A-319 milik syarikat penerbangan kerajaan Emiriah Arab Bersatu (UAE) iaitu Emirates Airline tersebut.

Rafizi mendakwa kononnya jet dengan dua enjin berusia empat tahun itu terbang dari pusatnya di Dubai, UAE ke Pangkalan Udara Subang, Selangor pada 23 Mei dan kemudian membawa Rosmah ke Istanbul pada 25 Mei lalu.

Isteri Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak itu sebenarnya menghadiri acara Global Good Governance Award 2016 pada 26 Mei bagi menerima anugerah 3G Children Welfare Award yang diberikan kepada Permata.

Untuk rekod, Rosmah merupakan penaung Permata iaitu ‘Program Asuhan dan Didikan Awal Kanak-kanak’ yang diwujudkan sejak 2007 untuk melahirkan golongan insan cemerlang bermula daripada peringkat prasekolah.

rafizi2
Rafizi bersama-sama pemimpin pembangkang lain pernah ‘kantoi’ ketika mendedahkan skandal pembelian jet rasmi kenamaan pada 2015. – Gambar hiasan

Apa yang lucunya, Rafizi tidak pula mendedahkan berapakah kos penerbangan itu sebaliknya mencabar Rosmah pula untuk menyatakan harga sewaan pesawat tersebut kononnya terpaksa menggunakan banyak ‘wang rakyat’.

Lebih kelakar, beliau dengan selamba memaksa Rosmah untuk kena menjawab soalan cepumas kenapakah tidak menaiki penerbangan komersial yang tiket lebih murah dan siapakah yang menanggung kos pesawat eksklusif itu.

Rafizi turut mempersoalkan rasional Rosmah dengan diberi status orang awam perlu menaiki jet itu dari Pangkalan Udara Subang yang sepatutnya khusus untuk kegunaan ketenteraan dan bukan operasi penerbangan awam.

Apa yang pasti pendedahan beliau itu secara tersirat sebetulnya mahu menyemai perasaan benci rakyat apabila dengan terbuka mahu dijadikan bahan untuk menang Pilihan Raya Kecil di Kuala Kangsar dan Sungai Besar.

Berselindung di sebalik muslihat konon mahu pengundi menolak Barisan Nasional yang melakukan pembaziran duit rakyat oleh pemimpin negara, pendedahan Rafizi sebenarnya membongkar kejahilan beliau dalam banyak perkara.

Secara umum bukan mudah untuk sesebuah negara menyewakan pesawat mereka kepada negara asing lain kecuali ada hubungan diplomatik yang amat baik dan inilah yang berlaku apabila kerajaan UAE akrab dengan Malaysia.

Sepatutnya Rafizi bersyukur ada negara kaya sudi ‘pinjam’ jet mereka kepada isteri pemimpin negara kita sekali gus menyelamatkan ratusan juta ringgit ‘duit rakyat’ jika kena bayar harga tiket pergi balik penerbangan komersial.

rafizi3
Pemimpin pembangkang turut menggunakan jet peribadi mewah ditaja pihak tertentu untuk urusan tersendiri. – Gambar hiasan

Justeru kenapa Rosmah ‘dipaksa’ mendedahkan siapa yang bayar kos pesawat itu kerana ia melibatkan urusan peringkat tinggi kerajaan dengan kerajaan (government to government atau G to G) dan untuk kegunaan rasmi.

Ini bermakna, jet tersebut boleh mendarat di pangkalan tentera atas sebab pertimbangan urusan G to G berbanding KLIA di Sepang atau dalam cakap mudah, ikut suka hatilah hendak mendarat di mana-mana lapangan terbang pun.

Dakwaan Rafizi konon Pangkalan Udara Subang adalah khas untuk operasi ketenteraan juga kurang tepat kerana banyak pemimpin asing termasuk Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama pernah menggunakan terminal di situ.

Sewajarnya dalam isu sebegini Rafizi patutnya berbangga kerana ada juga kerajaan negara Islam yang kaya sedia ‘ringan’ beban Malaysia dengan membawa isteri kenamaan bagi menerima anugerah berprestij di negara Islam lain.

Tahun lalu, beliau ‘kantoi’ konon mendedahkan kerajaan membazir beli jet baharu sebelum malu dimaklumkan jet sedia ada terlalu usang sehingga pernah Raja Permaisuri Agong pengsan akibat pesawat bergegar teruk di udara.

Pada masa sama, beliau tidak pernah bercakap mengenai pembaziran ramai pemimpin pembangkang termasuk Anwar Ibrahim menaiki jet mewah ditaja pihak tertentu sehingga mencetuskan perdebatan di Parlimen sendiri.

Hakikatnya, pendedahan Rafizi bagi memalukan Rosmah lebih mengaibkan imej pemimpin pembangkang itu selepas dipalit kontroversi skandal rasuah seks melibatkan kerajaan Selangor baru-baru ini. – Mynewshub.cc/HAA

#PRKKUALAKANGSAR

Tags: #PRKKUALAKANGSARKuala KangsarPRK
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Amanah Sedia Bertanding Dalam Mana-Mana PRK

Amanah Sedia Bertanding Dalam Mana-Mana PRK

15/08/2024
0

Amanah pada umumnya sedia memberi laluan kepada parti dalam kerajaan perpaduan yang menjadi penyandang untuk dicalonkan dalam mana-mana pilihan raya...

TERKINI PRK: PN Menang Di Sungai Bakap, Majoriti Naik 4,267 Undi

TERKINI PRK: PN Menang Di Sungai Bakap, Majoriti Naik 4,267 Undi

06/07/2024
0

KUALA LUMPUR : Calon Perikatan Nasional (PN), Abidin Ismail menewaskan calon Pakatan Harapan (PH) Dr Joohari Ariffin pada Pilihan Raya...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd