• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, June 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Polis Tumpas Sindiket Judi Bola Sepak Piala Eropah Di Muar

oleh Ahmad Albab
27/06/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

MUAR – Polis berjaya menumpaskan sindiket perjudian bola sepak Piala Eropah 2016 dengan nilai pertaruhan RM115,274 menerusi Op Soga Euro 2016 di sekitar daerah ini.

Ketua Polis Daerah Muar, ACP Azman Ayob berkata operasi khas baru-baru ini turut menahan empat orang lelaki warga tempatan berumur 26 hingga 49 tahun yang disyaki terlibat sebagai ejen ataupun ‘bookie’ kepada sindiket pertaruhan tersebut.

“Bermula daripada Op Soga Euro 2016 yang dilancarkan di seluruh negara pada 10 Jun lalu, kita di Ibu Pejabat Polis Muar telah melakukan sebanyak lima serbuan dan telah merampas wang tunai berjumlah RM345 serta empat buah telefon bimbit,” katanya kepada pemberita hari ini.

Katanya pihak polis akan terus melakukan pemantauan bagi mengesan kegiatan tersebut sehingga ke perlawanan akhir Piala Eropah 2016 nanti.

Azman berkata siasatan dijalankan di bawah Seksyen 6 (3) Akta Pertaruhan 1953 (Akta 495) yang jika sabit kesalahan boleh dikenakan denda tidak kurang daripada RM20,000 dan juga dihukum penjara bagi tempoh tidak melebihi lima tahun. – BERNAMA

Tags: bola sepakJUDI
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Peter Cklamovski Umum Tinggalkan Harimau Malaya, Mahu Sahut Cabaran Baharu

Peter Cklamovski Umum Tinggalkan Harimau Malaya, Mahu Sahut Cabaran Baharu

18/06/2026
0

Oleh Mynewshub  KUALA LUMPUR  - Jurulatih skuad kebangsaan Malaysia, Peter Cklamovski hari ini mengumumkan beliau akan meninggalkan jawatan sebagai Ketua...

Serahkan Semula Bola Sepak Kepada Rakyat – Tunku Mahkota Ismail

Serahkan Semula Bola Sepak Kepada Rakyat – Tunku Mahkota Ismail

29/04/2026
0

KUALA LUMPUR – “Kalau awak semua nak cakap pasal solusi, saya ada solusi untuk selamatkan liga.” Demikian tegas pemilik kelab...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd