• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, June 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Polis Tahan Ejen Judi Bola Sepak Euro Di Paya Terubong

oleh Ahmad Albab
19/06/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

GEORGE TOWN – Polis menahan seorang lelaki dipercayai berperanan sebagai ejen kutipan wang pertaruhan bola sepak Piala Euro di sebuah kedai makan di Paya Terubong di sini, pada malam Jumaat.

Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Mior Faridalatrash Wahid berkata polis yang sedang menjalankan pemantauan aktiviti perjudian bola sepak Piala Euro 2016 di premis terbabit menahan lelaki berusia 49 tahun itu kira-kira 10 malam.

“Bertindak hasil maklumat dan risikan, polis menjalankan operasi dan menyerbu kedai makan itu sebelum mendapati terdapat seorang lelaki dipercayai pelanggan di situ dalam keadaan mencurigakan.

“Polis menahan lelaki berkenaan untuk siasatan lanjut kerana dipercayai menjadi ejen membuat kutipan wang bagi sindiket pertaruhan judi bola sepak dalam talian,” katanya di sini hari ini.

Katanya siasatan awal mendapati lelaki itu membuat kutipan antara RM5,000 hingga

“Berdasarkan siasatan polis, setiap pertaruhan oleh kaki judi dibuat menerusi laman web dan lelaki yang ditahan itu akan mengutip wang daripada mereka,” katanya.

Mior Faridalatrash berkata, polis turut merampas pelbagai telefon bimbit, kertas catatan dan sejumlah wang tunai dipercayai digunakan dalam aktiviti perjudian berkenaan.

Polis kini sedang mengesan beberapa lagi individu dipercayai rangkaian sindiket lelaki itu untuk siasatan lanjut, katanya dan kes disiasat mengikut Seksyen 6(3) Akta Pertaruhan 1953.

Sementara itu, di ALOR SETAR polis menahan 16 individu berumur antara 18 hingga 50 tahun yang disyaki terlibat dalam kegiatan judi termasuk dua penjaga premis perjudian dalam dua serbuan berasingan sempena Op Dadu di sekitar Kulim, awal pagi ini.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kedah SAC Mohd Nashir Ya berkata bertindak hasil risikan, sepasukan polis menyerbu dua premis perjudian di Taman Lagenda dan Taman Mahsuri di sini dalam operasi pada 1 dan 1.45 pagi itu.

“Dalam serbuan pertama di Taman Lagenda pada pukul 1 pagi, 10 pelanggan dan seorang penjaga premis ditahan selain merampas 10 set komputer. Serbuan kedua di Taman Mahsuri pula seramai empat pelanggan dan seorang penjaga premis ditahan,: katanya dalam kenyataan di sini.

Polis turut merampas enam set komputer dan satu set alat mesin memasukkan kredit point serta pelbagai wang tunai berjumlah hampir RM600. – BERNAMA

Tags: JUDIpolis
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tony Pua Mengaku Tulis Sendiri Hantaran Facebook

Tony Pua Mengaku Tulis Sendiri Hantaran Facebook

21/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Pengerusi Jawatankuasa Disiplin DAP, Tony Pua memaklumkan beliau telah dipanggil pihak polis bagi memberi keterangan berhubung hantaran...

Wanita Menyamar Kakitangan Hospital Sultanah Aminah Minta Bayaran Masuk Wad RM30

Wanita Menyamar Kakitangan Hospital Sultanah Aminah Minta Bayaran Masuk Wad RM30

22/04/2026
0

JOHOR BAHRU – Pihak pengurusan Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru (HSAJB) memaklumkan wanita yang menyamar sebagai staf hospital meminta bayaran...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd