• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, August 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Polis Tahan 2 Beradik Serta Rampas Dadah Dan Mercun Bola

oleh Ahmad Albab
15/06/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

MARANG – Dua beradik lelaki diberkas bersama sejumlah dadah dan mercun bola dalam serbuan di sebuah rumah di Kampung Seberang Bukit Payong, di sini.

Ketua Polis Daerah Marang DSP Mohd Suhaimi Ali berkata kedua-dua beradik yang berusia 26 dan 28 tahun itu ditahan kira-kira pukul 9.30 pagi semalam di kediaman milik keluarga mereka.

Katanya hasil serbuan tersebut pihak polis menemui 100 biji mercun bola serta satu kelongsong peluru di ruang tamu rumah itu.

“Hasil maklumat awal yang kita perolehi berhubung kegiatan pengedaran dadah tetapi ketika serbuan kita tidak menemui bahan larangan tersebut namun hanya menemui mercun bola.

Siasatan lanjut yang dijalankan terhadap salah seorang daripada suspek, kemudiannya memberitahu tempat di mana dadah itu telah disorokkan di dalam rumah mereka,” katanya dalam satu sidang media, hari ini.

Hasil maklumat tersebut pihak polis sekali lagi menyerbu kediaman itu dan menemui ketulan kristal dipercayai dadah jenis syabu seberat 51.26 gram, 50 biji pil berwarna merah dipercayai pil kuda dan satu alat penimbang.

Jelasnya kesemua dadah bernilai kira-kira RM6,500 itu disorokkan dalam sebuah beg di dalam sebuah kuali yang tergantung di dalam bilik air rumah berkenaan.

Hasil ujian saringan air kencing yang dijalankan mendapati suspek yang berusia 26 tahun positif dadah serta mempunyai tiga rekod lampau atas kesalahan dadah.

“Suspek yang tidak mempuyai pekerjaan ini dipercayai aktif dalam kegiatan pengedaran dadah sejak dua bulan lepas bagi membekal dadah berkenaan kepada penagih di kawasan sekitar Bukit Payong,” katanya.

Suhaimi berkata pihaknya juga tidak menolak kemungkinan mercun berkenaan juga untuk dijual berdasarkan kuantitinya yang banyak.

Kedua-dua beradik berkenaan ditahan reman sehingga 17 Jun ini untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 8 Akta Bahan Letupan 1957.- BERNAMA

Tags: dadahmercun
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

MAG Arah 1,260 Juruterbang Malaysia Airlines Jalani Saringan Dadah Wajib

MAG Arah 1,260 Juruterbang Malaysia Airlines Jalani Saringan Dadah Wajib

08/08/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Malaysia Aviation Group (MAG) mengarahkan kesemua 1,260 juruterbang Malaysia Airlines menjalani saringan dadah wajib sebagai...

Video Tular Nga Kor Ming Dakwa Banyak Kes AIDS, Rogol, Dadah Di Kelantan

Video Tular Nga Kor Ming Dakwa Banyak Kes AIDS, Rogol, Dadah Di Kelantan

29/06/2026
0

KUALA LUMPUR - Satu rakaman video ucapan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Nga Kor Ming didakwa mengkritik kerajaan PAS...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd