• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, October 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Polis Buru 3 Lelaki Rompak Pembekal Telefon Bimbit

oleh Ahmad Albab
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KINABATANGAN – Polis sedang memburu tiga lelaki disyaki terlibat dalam kes rompakan bersenjata terhadap seorang pembekal telefon bimbit di Jalan Kinabatangan-Lahad Datu berhampiran bulatan ke Sukau, Isnin lepas.

Ketua Polis Daerah Kinabatangan Supt A. Sahak Rahmat berkata kejadian berlaku selepas mangsa, seorang lelaki berusia 32 tahun dari Sandakan, memberhentikan kereta di tepi jalan untuk membuang air kecil.

Beliau berkata dalam kejadian kira-kira 7.30 malam itu, sebuah kereta jenis Proton Saga berwarna hitam berhenti di belakang kereta mangsa.

Katanya tiga lelaki kemudian keluar dari kereta berkenaan dan meluru ke arah mangsa, dengan dua daripada mereka bersenjatakan parang.

Beliau berkata mangsa diarahkan tunduk oleh salah seorang suspek, yang turut mengacukan parang di belakang lehernya.

Lelaki berkenaan memasuki keretanya sebelum melarikan diri dengan memandu ke arah Lahad Datu, katanya dalam kenyataan hari ini.

A. Sahak berkata mangsa kemudian masuk ke dalam keretanya dan mendapati barang miliknya iaitu empat kotak berisi 400 unit telefon bimbit jenama Nokia dan wang tunai RM4,500 dilarikan.

Katanya mangsa membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kinabatangan.

Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian tersebut supaya tampil membantu siasatan dengan menghubungi IPD Kinabatangan di talian 089 561890. – BERNAMA

Tags: polisrompakan
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Bekas Exco Kerajaan Negeri Sembilan Beri Keterangan Kepada Polis Bukit Aman

Bekas Exco Kerajaan Negeri Sembilan Beri Keterangan Kepada Polis Bukit Aman

28/09/2026
0

SEREMBAN - Semua 10 bekas Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO) Negeri Sembilan memberi keterangan kepada pasukan polis Bukit Aman...

Insya-Allah 90% Anggota Tentera, Polis Sokong BN Seperti PRN Johor – Asyraf Wajdi

Insya-Allah 90% Anggota Tentera, Polis Sokong BN Seperti PRN Johor – Asyraf Wajdi

28/07/2026
0

SEREMBAN – Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki mengucapkan selamat mengundi kepada semua anggota keselamatan yang menunaikan tanggungjawab...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd