• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, October 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Polis Berkas 3 Lelaki, Rampas Dadah 150gram Syabu

oleh Ahmad Albab
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA KINABALU – Polis di sini memberkas tiga lelaki, disyaki pengedar dadah, dan merampas 150gram dadah jenis syabu daripada mereka dalam serbuan di kawasan letak kereta berhampiran Tugu Peringatan Petagas.

Ketua Polis Daerah Bandaraya Kota Kinabalu M. Chandra berkata serbuan kira-kira jam 6.36 petang Selasa lepas itu dilakukan selepas polis menerima aduan awam berhubung kegiatan pengedaran dadah di kawasan berkenaan.

Katanya dua daripada tiga suspek yang berumur antara 38 tahun hingga 47 tahun berkenaan adalah warga tempatan manakala seorang lagi pemegang dokumen IMM13.

“Anggaran harga dadah yang dijumpai dalam bungkusan plastik hitam dalam genggaman salah seorang suspek ialah RM18,000,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Chandra berkata kesemua suspek kini direman sehingga 5 Julai bagi membantu siasatan kes di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

Turut dirampas dalam serbuan berkenaan ialah sebuah kereta jenis Perodua Myvi dan dua motosikal. – BERNAMA

Tags: polisSyabu
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Bekas Exco Kerajaan Negeri Sembilan Beri Keterangan Kepada Polis Bukit Aman

Bekas Exco Kerajaan Negeri Sembilan Beri Keterangan Kepada Polis Bukit Aman

28/09/2026
0

SEREMBAN - Semua 10 bekas Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO) Negeri Sembilan memberi keterangan kepada pasukan polis Bukit Aman...

Insya-Allah 90% Anggota Tentera, Polis Sokong BN Seperti PRN Johor – Asyraf Wajdi

Insya-Allah 90% Anggota Tentera, Polis Sokong BN Seperti PRN Johor – Asyraf Wajdi

28/07/2026
0

SEREMBAN – Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki mengucapkan selamat mengundi kepada semua anggota keselamatan yang menunaikan tanggungjawab...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd