• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, June 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pertingkatkan Eksport Perkhidmatan Bukan Pelancongan

oleh Ahmad Albab
14/06/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Eksport perkhidmatan bukan pelancongan perlu diberi tumpuan sama penting bagi membantu mengurangkan defisit akaun perkhidmatan dalam imbangan pembayaran Malaysia yang mencecah RM20 bilion pada 2015 berbanding RM1 bilion pada tahun sebelumnya.

Ketika membuat gesaan itu, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed, berkata biarpun sektor pelancongan berperanan penting dengan menyumbang separuh daripada eksport perkhidmatan negara, namun masih ada segmen lain yang sewajarnya turut dipromosikan.

“Ini misalnya seperti pelancongan penjagaan kesihatan, pendidikan, perkhidmatan rundingan, seni bina, pembinaan dan logistik yang juga perlu diberi tumpuan lebih utama,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis penutup seminar sehari ‘Bagaimana Menjalankan Perniagaan di Jepun,’ anjuran Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia dan Pertubuhan Perdagangan Luar Jepun, di sini, hari ini.

Lebih 300 orang menghadiri seminar itu yang bermatlamat meningkatkan peluang eksport dan pelaburan Malaysia di Jepun.

Mengulas prospek perdagangan Malaysia yang dijangka berkembang antara satu hingga dua peratus tahun ini, Mustapa berkata kementerian serta agensinya akan terus mempertingkatkan strategi promosi bagi memacu kehadiran produk dan perkhidmatan Malaysia ke pasaran antarabangsa biarpun dalam persekitaran yang mencabar.

“Kita menetapkan sasaran yang sederhana kerana menyedari keadaan persekitaran yang akan lebih mencabar. Sehubungan itu, kita perlu lebih kreatif dan agresif dalam usaha promosi,” katanya.

Menurut Mustapa, berdasarkan prestasi perdagangan Malaysia yang diumumkan pada awal bulan ini, eksport bagi empat bulan pertama 2016 berkembang sebanyak 1.2 peratus kepada RM246.51 bilion manakala import sebaliknya susut 0.9 peratus kepada RM213.51 bilion.

Jumlah dagangan Malaysia pula mencatat RM460.02 bilion berbanding RM459.04 bilion bagi tempoh sama, tahun lepas.

Bagi tempoh di bawah kajian itu juga, lebihan dagangan negara mencatat pertumbuhan dua angka sebanyak 17 peratus bernilai RM32.99 bilion.

Selain itu, perdagangan dengan Jepun bagi empat bulan pertama 2016 susut 20 peratus kepada RM40 bilion berikutan kelembapan ekonomi global yang turut menjejaskan pertumbuhan ekonomi Jepun. – BERNAMA

Tags: EKSPORTMustapa Mohamed
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

MB Pahang Sokong Titah Tengku Hassanal, Stok Pasir Sungai Berpotensi Jana Hasil RM500 juta

MB Pahang Sokong Titah Tengku Hassanal, Stok Pasir Sungai Berpotensi Jana Hasil RM500 juta

09/05/2026
0

KUANTAN - Kerajaan Pahang akan mengadakan pertemuan dengan Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam bagi membincangkan tentang isu eksport pasir...

Malaysia Dapat Kelulusan Eksport Kelapa Segar Ke China – Mohamad

Malaysia Dapat Kelulusan Eksport Kelapa Segar Ke China – Mohamad

17/04/2025
1

PUTRAJAYA: Malaysia secara rasmi mendapat kelulusan mengeksport kelapa segar ke pasaran China menerusi pemeteraian memorandum persefahaman (MoU) antara kedua-dua negara...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd