• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Penganjur Mahu Search Mohon Maaf, Bayar Ganti Rugi

oleh AK-47
04/06/2016
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

LAGENDA kumpulan rock tanah air, Search kini bukan sahaja berhadapan dengn konflik bersama pemain dramnya, Yazit Ahmad, tetapi juga dengan penganjur Konsert Search 35 Tahun, AFJets Sdn Bhd (AF Jets).

Ini susulan, AFJet kecewa dengan tuduhan yang dilemparkan kumpulan itu mendakwa syarikat itu tidak profesional dan gagal memenuhi tanggungjawabnya dalam perjanjian Memorandum Persefahaman (MoU) bagi konsert tersebut.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif AFJets, Amrul Nizar Anuar, tuduhan yang dilemparkan adalah tidak benar sama sekali dan pihaknya menuntut pemohonan maaf secara terbuka.

“Segala tuduhan seperti yang terkandung dalam ‘Notice of termination’ yang dikeluarkan pihak Search dan kenyataan yang dibuat mereka adalah tidak benar.

“Pembatalan yang dibuat Search juga dilakukan secara mengejut tanpa memaklumkan kepada pihak kami.

“Apabila Search meneruskan notis pembatalan mereka, bermaksud mereka sudah melanggar perjanjian dan kami sudah menghantar notis peguam semalam.

“Kandungan notis tuntutan itu minta Search menarik balik kenyataan mereka dan mengeluarkan pernyataan maaf secara terbuka.

“Kami juga menuntut semula kos yang sudah dikeluarkan berjumlah RM500,000 dan ganti rugi reputasi berjumlah RM1 juta,” katanya pada Harian Metro.

Dalam pada itu, peguam mereka,  Adnan Seman @ Abdullah berkata, Search diberi tempoh selama 14 hari untuk menjawab notis tersebut dan sekiranya enggan berbuat demikian, saman akan difailkan. – MYNEWSHUB.CC

Tags: Search
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

3 Anggota Search Diperintah Bayar Ganti Rugi

20/08/2017
0

SHAH ALAM - Tiga ahli kumpulan rock Search diperintahkan membayar ganti rugi berjumlah hampir RM500,000 oleh Mahkamah Tinggi di sini...

Amy Kecewa Digelar Anjing Oleh Anak Yazit

09/12/2016
0

VOKALIS kumpulan rock Search, Amy bengang dan kecewa dengan anak pemain dram kumpulan itu Sheeqa Yazit yang menggelarnya anjing menerusi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd