Friday, July 26, 2024

Creating liberating content

Dua Beranak Maut Dalam...

NARATHIWAT - Seorang budak perempuan berusia empat tahun dan bapanya antara tiga mangsa...

PAS Mengaku Main 2...

NIK Abduh mengakui PAS main dua kolam. Dengan MN pun dia main, dengan...

Militan IS Mara Ke...

DAMSYIK - Kumpulan militan Negara Islam (IS) di Syria semakin menghampiri bandar Kobane...

Toys ‘R’ Us Tutup...

WASHINGTON DC – Syarikat peruncit mainan terkemuka Amerika Syarikat (AS), Toys ‘R’ Us,...

3 Anggota Search Diperintah Bayar Ganti Rugi

SHAH ALAM – Tiga ahli kumpulan rock Search diperintahkan membayar ganti rugi berjumlah hampir RM500,000 oleh Mahkamah Tinggi di sini berhubung dakwaan melanggar perjanjian persefahaman berikutan pembatalan ‘Konsert Search 35 Tahun’ tahun lalu.

Hakim M Gunalan mengeluarkan perintah itu selepas membenarkan permohonan syarikat penganjur, Afjets Sdn. Bhd. untuk mendapatkan penghakiman ingkar terhadap tiga ahli kumpulan terbabit kerana gagal memfailkan pembelaan terhadap tuntutan saman syarikat berkenaan.

Mereka ialah pemain gitar Noordin Mohd Taib, 55; pemain gitar utama Hamzah Mohd Taib atau Kid, 50; dan pemain gitar bass Nasir bin Daud, 58.

Selain ganti rugi khas berjumlah RM494,079.71 itu, Afjets selaku plaintif turut berjaya memperoleh ganti rugi am, ganti rugi teruk dan ganti rugi teladan yang akan ditaksirkan kemudian.

Mahkamah turut membenarkan perintah injunksi terhadap plaintif bagi menghalang ketiga-tiga defendan melalui diri sendiri, pekerja atau ejen mereka daripada mengeluarkan dan menerbitkan kenyataan yang memburuk-burukkan dan memfitnah syarikat itu.

Plaintif yang diwakili peguam Adnan Seman @ Abdulah, memfailkan saman itu pada 14 Oktober tahun lalu.

Adnan ketika dihubungi berkata, pihaknya masih meneruskan saman terhadap vokalis Amy Search atau nama sebenarnya Suhaimi Abd Rahman, 59, bagaimanapun belum merekodkan penghakiman sama.

Dalam writ saman dan pernyataan tuntutan, plaintif mendakwa bersetuju untuk bekerjasama dalam penganjuran ‘Konsert Search 35 Tahun’ dengan kumpulan Search.

Berikutan itu, plaintif berkata kedua-dua pihak menandatangani perjanjian persefahaman pada 25 Disember 2015 tanpa kehadiran pemain dram, Yazid Ahmad, 54.


Menurut plaintif, bayaran pertama RM75,000 bagi kerjasama itu diserahkan kepada semua defendan dan mereka turut memaklumkan akan menyelesaikan soal bayaran kepada Yazid.

Sebuah syarikat usahasama, Afjets-Search Plt., juga ditubuhkan pada 14 Januari tahun lalu bagi merangka dan menguruskan pelaksanaan konsert, di mana bermula daripada tarikh perjanjian persefahaman sehingga April tahun lalu, pelbagai perbincangan mencari lokasi dan penaja serta aktiviti diadakan.

Bagaimanapun, pada awal Mei, plaintif berkata ia dikejutkan dengan laporan pertelingkahan antara Yazid dan ahli kumpulan Search yang lain berhubung wang pembayaran sehingga Yazid membuat laporan polis.

Plaintif seterusnya berkata, ia menerima surat pembatalan konsert daripada peguam semua defendan pada 19 Mei lalu, iaitu sehari sebelum penganjuran konsert dihebahkan dalam sidang akhbar.

Dalam sidang akhbar itu, Afjets mendakwa defendan mengeluarkan kenyataan fitnah terhadapnya dengan menerbitkan kenyataan yang memburuk-burukkan. – BH Online

Kategori