• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 24, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pemilik Bengkel Daftar Segera Dengan JPJ Sebelum 1 Julai

oleh Ahmad Albab
28/06/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA TERENGGANU – Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menggesa mana-mana bengkel membaiki kenderaan di negeri ini yang belum berdaftar dengan agensi berkenaan segera berbuat demikian sebelum tamat tempoh pendaftaran hujung bulan ini.

Pengarah JPJ Negeri, Abd Rahman Emang Anyie berkata pendaftaran itu penting bagi memastikan bengkel berkenaan layak membuat tuntutan insurans terhadap pelanggan yang menghantar ke bengkel mereka.

Di samping itu, katanya ia juga bagi melindungi pelanggan daripada masalah penipuan kejuruteraan terhadap kereta yang dihantar ke bengkel selepas mengalami kemalangan.

“Pendaftaran ini adalah satu cara kami melindungi hak-hak pelanggan daripada ditipu pemilik bengkel apabila ada di antara kereta mereka menjadi mangsa kereta ‘potong-sambung’.

“Kadang-kadang pemilik kenderaan sendiri tidak menyedari ada bahagian dalaman kenderaan mereka yang telah diubah dan tidak mengikut spesifikasi JPJ dan ia adalah salah di sisi undang-undang JPJ,” katanya kepada pemberita sempena majlis berbuka puasa JPJ Terengganu di sini, semalam.

Abdul Rahman berkata setakat ini hanya 18 permohonan yang telah diterima di negeri ini sejak ia dibuka Januari lalu dan 11 darinya sedang dalam proses kelulusan.

Katanya, bermula 1 Julai ini JPJ akan membuat pemantauan terhadap bengkel yang belum berdaftar dengan pihaknya.

“Bengkel yang membuat permohonan perlu mempunyai sembilan kriteria seperti yang tertakluk di dalam Garis Panduan Bengkel Pembaikan Kenderaan Automotif JPJ dan pengesahan keselamatan daripada Jabatan Bomba dan Penyelamat sebelum ia diluluskan.

“Tiada denda atau kompaun dikenakan terhadap bengkel yang lambat atau tidak berdaftar namun ia akan memberi kesulitan kepada pemilik bengkel sendiri kerana pelanggan sudah semestinya tidak akan hantar kenderaan mereka ke bengkel yang tidak boleh membuat tuntutan insurans,” katanya. – BERNAMA

Tags: JPJ
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Pelajar Hantar Gambar Bogel Kepada Guru

Next Post

Cuba Teka Berapa Usia Perempuan Hot Ni?

Related Posts

Operasi Penyamaran Musim Perayaan Diteruskan – JPJ

Operasi Penyamaran Musim Perayaan Diteruskan – JPJ

17/03/2025
0

PASIR PUTEH – Operasi penyamaran akan diteruskan oleh anggota Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) pada musim perayaan menerusi Ops Khas Sempena...

Op Khas Gempur Teknikal: JPJ Keluar 5,306 Notis Kesalahan Bagi Tempoh 5 Hari

Op Khas Gempur Teknikal: JPJ Keluar 5,306 Notis Kesalahan Bagi Tempoh 5 Hari

29/12/2024
0

Nilai : Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mengeluarkan 5,306 notis kesalahan terhadap 17,729 kenderaan perdagangan dan perkhidmatan awam yang diperiksa dalam...

Next Post

Cuba Teka Berapa Usia Perempuan Hot Ni?

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd