• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, August 16, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pemandu Disaran Guna Webcam Rakam Kesalahan Jalan Raya

oleh Ahmad Albab
09/06/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Pengguna jalan raya disaran memasang alat perakam video (webcam) kereta pada kenderaan bagi memudahkan mereka merakam sebarang kesalahan jalan raya yang disaksikan sebagai bukti.

Presiden Kesatuan Pegawai Pengangkutan Jalan Semenanjung Malaysia (KPPJSM) Hamzah Masri berkata webcam dapat mengelak pemandu menggunakan telefon pintar untuk merakam gambar semasa memandu.

“Sekiranya pemandu yang menyaksikan kemalangan atau kesalahan jalan raya yang dilakukan pemandu lain menggunakan telefon sambil memandu, ia sudah mengundang bahaya yang lain pula.

“Oleh itu, pemasangan webcam perlu bagi memudahkan mereka merakam sebarang kesalahan jalan raya termasuk jenayah yang dilihat secara tidak sengaja untuk dihantar kepada pihak berkuasa bagi tindakan lanjut,” katanya kepada Bernama.

Hamzah berkata pemasangan webcam pada kereta hanya memerlukan kos serendah RM100 bergantung kepada kualiti kamera video untuk merakam gambar semasa memandu.

Beliau berkata alat berkenaan yang dipasang pada bahagian hadapan kereta boleh digunakan untuk merakam kesalahan seperti kenderaan yang menggunakan lorong kecemasan, melanggar lampu isyarat, meletak kenderaan di tempat larangan dan tidak berhenti di kawasan pejalan kaki melintas.

“Dengan adanya laporan daripada orang ramai, tiada pemandu agresif yang akan berani melakukan kesalahan jalan raya kerana perbuatan itu akan dirakam melalui kecanggihan teknologi masa kini,” katanya.

Beliau berkata kesedaran orang ramai yang memberi kerjasama sedemikian diyakini mampu mendisplinkan pengguna jalan raya yang agresif sekaligus mengurangkan jumlah kemalangan.

Katanya orang ramai boleh menghantar gambar kesalahan jalan raya yang dirakam kepada pihak berkuasa menerusi alamat e-mel aduan trafik JPJ di [email protected] untuk tindakan lanjut. – BERNAMA

Tags: pemanduvideo
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Lokman Adam Setuju PH Kalah Kerana Politik Identiti, Perkauman

Lokman Adam Setuju PH Kalah Kerana Politik Identiti, Perkauman

06/08/2026
0

KUALA LUMPUR - Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Lokman Noor Adam bersetuju dengan pandangan Datuk Seri Mohamad Sabu...

Anthony Loke Dipuji Cedok Bihun Goreng Untuk Penduduk

Anthony Loke Dipuji Cedok Bihun Goreng Untuk Penduduk

28/07/2026
0

SEREMBAN – Pengerusi DAP Negeri Sembilan, Anthony Loke Siew Fook menerima pujian susulan satu rakaman video memaparkan beliau mencedok bihun...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd