• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pastikan Bayi Terima Vaksinasi Yang Diperlukan

oleh Ahmad Albab
26/06/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUCHING – Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rohani Abdul Karim menggesa ibu bapa supaya memastikan bayi mereka menerima vaksinasi yang dijadualkan Kementerian Kesihatan bermula sejak lahir lagi.

Beliau membuat gesaan itu susulan kes kematian kanak-kanak berusia tujuh tahun di Melaka baru-baru ini kerana disyaki terkena jangkitan bakteria difteria.

Katanya, vaksinasi berkenaan diberi secara percuma oleh Jabatan Kesihatan untuk melawan bakteria difteria atau jangkitan pada saluran kerongkong adalah sejenis penyakit yang boleh membunuh kanak-kanak dengan mengakibatkan kegagalan sistem pernafasan.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri majlis berbuka puasa bersama Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Adenan Satem serta isteri bagi meraihkan kumpulan sasar di bawah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat di sini, malam tadi.

Rohani turut mengakui terdapat dalam kalangan ibu bapa beragama Islam yang ragu-ragu untuk membenarkan anak mereka menerima vaksinasi difteria kerana dikatakan mengandungi komponen babi yang diharamkan.

“Memang terdapat sesuatu dalam vaksin berkenaan yang tidak halal tetapi terdapat satu fatwa mengatakan jika ia dikategorikan sebagai sejenis ubat maka ia boleh diambil,” katanya.

“Saya sendiri pernah melalui keadaan ini, jadi apa yang saya lakukan ialah bertanya kepada seorang ustaz yang mengatakan jika ia dikategorikan sebagai ubat maka ia hendaklah diambil sebagai ubat.

“Saya faham ia adalah keputusan yang amat sukar tetapi ia situasi antara hidup dan mati kerana kalau tak diambil (vaksin) maka akan ada kemungkinan kanak-kanak dijangkiti penyakit,” tambahnya.

Katanya, ibu bapa juga harus faham bahawa vaksinasi atau imunisasi adalah salah satu proses untuk mengawal sesuatu penyakit.

Sehubungan itu, beliau menggesa ibu bapa agar mengubah sikap jumud dan taksub dengan sesuatu pandangan mengenai isu-isu berkaitan vaksinasi yang diviralkan dalam media sosial sehingga menolak vaksin.

Beliau juga berkata, semua taska di bawah kementerian telah diarahkan untuk memberi notis peringatan kepada ibu bapa supaya memastikan anak-anak mereka mendapat suntikan yang diperlukan.

Pada majlis berkenaan sebanyak 176 penerima terdiri daripada Orang Kurang Upaya, anak yatim dan warga tua diraikan dan menerima sumbangan raya daripada ketua menteri Sarawak dan kementerian. – BERNAMA

Tags: bayiVaksin
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Insiden Bayi Tertukar Di Wad HTA Selesai, Diserahkan Semula Kepada Ibu

Insiden Bayi Tertukar Di Wad HTA Selesai, Diserahkan Semula Kepada Ibu

15/05/2026
0

Kuala Lumpur: Insiden pertukaran bayi secara tidak sengaja di sebuah wad di Hospital Tunku Azizah (HTA) di sini telah diselesaikan...

Bayi 6 Bulan Ditemukan Meninggal Dunia Di Rumah

Bayi 6 Bulan Ditemukan Meninggal Dunia Di Rumah

26/01/2026
0

GEORGETOWN: Bayi lelaki berusia enam bulan ditemukan meninggal di rumahnya, dalam kejadian di sebuah pangsapuri di Ayer Itam, di sini,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd