• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PAS Tak Kecil Hati Digelar ‘Pendekar Mustar’ Mat Sabu

oleh Ahmad Albab
05/06/2016
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SUNGAI BESAR – PAS tidak berkecil hati digelar ‘Pendekar Mustar’ oleh pemimpin Parti Amanah Negara (PAN) berikutan tindakan pemimpin parti Islam itu yang berpakaian seperti pahlawan Melayu pada perasmian Muktamar Pemuda PAS di Kelantan, baru-baru ini.

Sebaliknya, Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata parti itu berasa bangga apabila mengenakan pakaian berkenaan.

“Ini fikiran orang yang negatif, semuanya buruk bagi dia. Kalau kita pandang dari sudut positif, maka eloklah jadinya,” katanya ketika ditemui pemberita di majlis penamaan calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Sungai Besar di Dewan Seri Bernam, di sini hari ini.

Gelaran ‘Pendekar Mustar’ kepada pemimpin PAS itu didakwa diberikan oleh Presiden PAN, Mohamad Sabu ketika berceramah pada majlis pengumuman calon Pakatan Harapan bagi PRK itu di Sekinchan di sini, pada Rabu lepas.

‘Pendekar Mustar’ merupakan watak seorang guru silat dalam filem komedi Pendekar Bujang Lapok yang dibintangi oleh Allahyarham Tan Sri P. Ramlee pada lewat 1950-an.

Tuan Ibrahim turut menangkis dakwaan pemakaian baju itu mempunyai kaitan dengan UMNO, sebaliknya menegaskan ia merupakan pakaian tradisional Melayu dan bukan milik sesebuah parti politik.

“Kalau pakaian ini pakaian UMNO, maknanya semua pengantin lelaki dan pengamal silat orang UMNO lah.

Pakaian (tradisional Melayu) ini pun turut dipakai di majlis-majlis rasmi seperti majlis penerimaan pingat darjah kebesaran,” katanya.

Pada perasmian Muktamar Pemuda PAS itu, Tuan Ibrahim bersama beberapa pemimpin kanan PAS lain seperti Ketua Pemudanya, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz dan timbalannya, Muhammad Khalil Abdul Hadi tampil berpakaian ala pahlawan Melayu lengkap bertanjak serta menyelit keris di pinggang ketika berjalan memasuki dewan.

Pemakaian sedemikian mencetuskan kritikan daripada pemimpin Pakatan Harapan yang mendakwa PAS sudah mengikut jejak dan mempunyai kaitan dengan UMNO.

PRK Parlimen Sungai Besar menyaksikan Budiman Mohd. Zohdi daripada BN, Dr Abdul Rani Osman daripada PAS dan Azhar Abdul Shukor daripada PAN yang mewakili Pakatan Harapan, akan bertanding bagi merebut kerusi berkenaan.

PRK itu diadakan berikutan kematian penyandangnya Tan Sri Noriah Kasnon yang juga Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi yang terkorban dalam nahas helikopter di Sebuyau Sarawak, pada 5 Mei lalu. – BERNAMA

Tags: Mat SabuPAS
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Timbalan Menteri Dakwa Kerajaan Madani, Penjawat Awam Jadi Mangsa Fitnah Isu UEC

Timbalan Menteri Dakwa Kerajaan Madani, Penjawat Awam Jadi Mangsa Fitnah Isu UEC

16/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Aiman Athirah Sabu kesal kerana Kerajaan Madani didakwa telah difitnah...

Konvensyen Melayu: ‘Balik-Balik Yang Untung Parti Dan Orang Politik’

Konvensyen Melayu: ‘Balik-Balik Yang Untung Parti Dan Orang Politik’

11/05/2026
0

KUALA LUMPUR - “Adakah kali ini pimpinan parti Melayu benar-benar serius atau disebabkan Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU-16) sudah semakin...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd