• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Nazri Yakin Ramly Setia Bantu Calon BN Kuala Kangsar

oleh
14/06/2016
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA KANGSAR – Hasrat pembangkang hendak sangat menyaksikan berlaku pertelingkahan dalaman besar antara pemimpin Barisan Nasional (BN) dan UMNO Bahagian Kuala Kangsar mungkin tidak kesampaian.

Sebelum ini, mereka mencanangkan kepada masyarakat tempatan konon bekas Ketua UMNO Bahagian itu, Datuk Ramly Zahari ‘memulaukan’ jentera kempen parti sempena Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kuala Kangsar.

Ia susulan pengguguran nama beliau yang juga bekas ADUN Manong dan Exco Kerajaan Perak sebelum itu pernah dicadangkan sebagai calon BN untuk PRK Kuala Kangsar sebelum digantikan dengan Datin Mastura Mohd. Yazid.

Perkara itu bagaimanapun disangkal Ramly menerusi temuramah sebuah akhbar harian pada Selasa namun beliau menegaskan dirinya tidak merajuk, cuma terkilan dengan Mastura yang bersikap ‘dingin’ selepas menjadi calon.

Ini termasuk insiden beliau diminta beredar ketika majlis bacaan Yasin oleh ahli keluarga Mastura tetapi Ramly menegaskan beliau masih sayangkan UMNO dan BN serta membantu jentera Pusat Daerah Mengundi di Lempor.

Mengulas isu ini, Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz yang ditemui pemberita menyifatkan kenyataan Ramly itu sebagai sangat positif dan bukanlah bermaksud tidak membantu jentera parti.

“Dia sahabat saya, saya sendiri kenal sangat dia secara peribadi. Saya percaya dia masih ‘orang UMNO’ dan bukan sekadar ahli UMNO biasa,” katanya yang juga Ahli Parlimen BN Padang Rengas pada sidang media di sini hari ini.

Terdahulu Mohamed Nazri yang juga Menteri Pelancongan dan Kebudayaan merasmikan majlis penutup Program Interaktif Seni Kraftangan serta Kempen Kesedaran Penipuan Pakej Umrah / Ziarah Peringkat Perak 2016.

“Kita manusia biasa, kadang kala terkilan, tersinggung itu perkara biasa, namun berdasarkan laporan media, ia sangat positif dan saya tidak fikir dia (Ramly) akan melakukan perbuatan boleh menjejaskan UMNO,” katanya.

Penegasan Mohamed Nazri yang bertanggungjawab mencadangkan sendiri nama Ramly sebagai calon BN untuk PRK di Kuala Kangsar kepada kepimpinan parti itu sekali gus memberi isyarat jelas bahawa UMNO tetap bersatu.

Dalam pada itu, Mastura ketika mengulas isu sama menjelaskan bahawa beliau amat menghormati Ramly yang lebih lama aktif berpolitik dibandingkan penglibatan suaminya sendiri, Allahyarham Wan Mohammad Khair-il Anuar.

“Saya tidak ada masalah dengan beliau dan isterinya, yang saya panggil sebagai Kak Om malah kami bersama-sama bergiat dalam Baiduri (Badan Amal Usaha Isteri Wakil Rakyat BN Perak),” jelasnya lagi. – Mynewshub.cc/HAA

#PRKKUALAKANGSAR

Tags: #PRKKUALAKANGSARKuala KangsarPRK
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Amanah Sedia Bertanding Dalam Mana-Mana PRK

Amanah Sedia Bertanding Dalam Mana-Mana PRK

15/08/2024
0

Amanah pada umumnya sedia memberi laluan kepada parti dalam kerajaan perpaduan yang menjadi penyandang untuk dicalonkan dalam mana-mana pilihan raya...

TERKINI PRK: PN Menang Di Sungai Bakap, Majoriti Naik 4,267 Undi

TERKINI PRK: PN Menang Di Sungai Bakap, Majoriti Naik 4,267 Undi

06/07/2024
0

KUALA LUMPUR : Calon Perikatan Nasional (PN), Abidin Ismail menewaskan calon Pakatan Harapan (PH) Dr Joohari Ariffin pada Pilihan Raya...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd