• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, June 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Najib Tegaskan Tidak Pernah Ganggu Proses Undang-Undang

oleh Ahmad Albab
14/06/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskan bahawa beliau tidak pernah mengganggu proses undang-undang atau menggunakan kedudukannya bagi memastikan pelbagai kementerian dan jabatan di dalamnya tidak menjalankan siasatan berhubung dakwaan salah laku yang didakwa terhadapnya.

Perdana menteri berkata beliau tidak menyalahgunakan kedudukannya sebagai perdana menteri, menteri kewangan, pengerusi Barisan Nasional (BN) dan presiden UMNO untuk meneruskan amalan rasuah seperti yang didakwa terhadapnya dalam saman berhubung dakwaan salah laku membabitkan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Penegasan ini terkandung dalam pernyataan pembelaan Najib terhadap saman yang difailkan bekas Perdana Menteria Tun Dr Mahathir Mohamad, bekas Naib Ketua UMNO Bahagian Batu Kawan, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan dan bekas anggota Wanita UMNO Langkawi, Anina Saadudin berhubung dakwaan salah laku membabitkan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) itu.

“Selaku Pengerusi BN dan Presiden UMNO saya tidak menjalankan tugas sebagai penjawat awam mahupun bertindak sebagai fidusiari seperti yang dikatakan oleh kesemua plaintif,” katanya dalam pernyataannya.

Pernyataan pembelaan itu difailkan melalui firma guaman Tetuan Hafarizam Wan Aisha Mubarak di pejabat pendaftar Mahkamah Tinggi Sivil di sini semalam (13 Jun 2016), dan diedarkan kepada media hari ini.

Pada 23 Mac lepas, Dr Mahathir, 90, Khairuddin, 54, dan Anina, 41, memfailkan saman terhadap Najib selaku defendan berhubung dakwaan salah laku membabitkan 1MDB.

Dalam pernyataan pembelaannya, Najib juga menegaskan bahawa beliau tidak menghalang bekas Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin daripada menjalankan tugas-tugas sebagai Timbalan Presiden UMNO semasa perhimpunan Agung UMNO atau tugasnya sebagai Timbalan Pengerusi parti komponen BN.

Najib juga menegaskan bahawa pemecatan Muhyiddin adalah satu pelaksanaan prerogatif Diraja menurut Perkara 43(5) Perlembagaan Persekutuan yang bertindak atas nasihat perdana menteri, dan tindakan itu bukan tindakannya dalam menjalankan tugasnya yang dikatakan sebagai penjawat awam.

Najib juga tidak mempunyai sebarang kawalan terhadap kuasa dan tugas yang dijalankan oleh Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali dan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar serta pegawai-pegawanya kerana tugasan mereka telah digariskan dalam Perlembagaan Persekutuan.

Selain itu perdana menteri juga tidak mempunyai sebarang kawalan terhadap ketua pesuruhjaya Pencegahan Rasuah Malaysia dan Suruhajaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia serta pegawainya memandangkan kedua-dua entiti itu tertakluk kepada akta yang telah ditetapkan.

Berdasarkan alasan-alasan itu, perdana menteri menegaskan bahawa bagi membolehkan kesemua plaintif memulakan tindakan berdasarkan salah laku penjawat awam (tort misfeasans) dalam jawatan awam dan/atau fidusiari dalam jawatan awam, mereka perlu membuktikan bahawa Najib adalah penjawat awam.

Ketiga-tiga plaintif, Dr Mahathir, Khairuddin dan Anina perlu membuktikan bahawa mereka telah mengalami kerugian akibat daripada tugas yang dijalankan oleh defendan iaitu Najib dan tugas yang dijalannya itu berniat jahat.

Selain itu mereka (plaintif) tidak berhak terhadap kesemua tuntutan dalam maksud yang dikatakan tort misfeasans dalam jawatan awam dan kemungkinan fidusiari kerana plaintif tidak mengalami apa-apa kerugian peribadi.

Najib juga menafikan setiap pernyataan yang terkandung dalam pernyataan tuntutan itu yang seolah-olah dinyatakan secara traversed seriatim, oleh itu beliau memohon supaya tuntutan plaintif-plaintif ditolak dengan kos. – BERNAMA

Tags: 1MDBNajib Tun Razak
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Sheikh Umar Beri Peringatan, UMNO Johor Masih Sokong Najib Razak

Sheikh Umar Beri Peringatan, UMNO Johor Masih Sokong Najib Razak

18/06/2026
0

JOHOR BAHRU - Naib Pengerusi DAP Johor, Sheikh Umar Bagharib Ali memberi peringatan kepada rakyat Johor bahawa UMNO Johor masih...

PRN Johor: Sheikh Umar Dikritik Bangkit Semula Isu 1MDB

PRN Johor: Sheikh Umar Dikritik Bangkit Semula Isu 1MDB

16/06/2026
0

JOHOR BAHRU – Naib Pengerusi DAP Johor, Sheikh Umar Bagharib Ali menerima kritikan netizen selepas membangkitkan semula isu 1MDB menjelang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd