• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, June 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Musa Nafi Tuduh Polis Rasuah Seludup Senjata

oleh Ahmad Albab
30/06/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Presiden Pertubuhan Keperihatinan Jenayah Komuniti Malaysia (MCCC), Tan Sri Musa Hassan mendakwa kenyataannya mengenai kejadian kes tembak di negara ini telah disalah tafsir oleh sebuah portal berita.

Beliau yang juga bekas Ketua Polis Negara menegaskan, kenyataannya itu tidak merujuk Polis Diraja Malaysia (PDRM) sebuah pasukan keselamatan yang terlibat dalam amalan rasuah.

Menurutnya, beliau memang ada menyebut tentang pihak berkuasa tetapi penerangannya telah diambil di luar konteks.

“Sewaktu ditemuramah, salah seorang wartawan bertanya tentang penyeludupan senjata. Saya kemudian merujuk bahawa terdapat pihak berkuasa di sempadan bukan sahaja polis tetapi termasuk kastam, imigresen, Rela dan unit anti penyeludupan.

“Saya berkata rasuah antara punca penyeludupan mudah berlaku maka pihak berkuasa perlu bekerjasama dalam aspek risikan. Tidak ada sebarang dakwaan atau apa sahaja untuk memburuk-burukkan PDRM,” tegasnya dalam satu kenyataan media hari ini.

Sebuah media dalam talian semalam melaporkan Musa mendakwa peningkatan kes tembak dalam negara disebabkan anggota polis rasuah menyeludup senjata dalam negara.

Laporan itu menyebabkan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar meminta Musa supaya mengemukakan bukti berlaku rasuah seperti itu.

Musa seterusnya menegaskan, beliau membuat kenyataan seperti itu dengan harapan supaya PDRM dapat menjalin kerjasama erat dengan MCCC malah turut menyebut tentang usaha pasukan polis membanteras jenayah melalui Ops Cantas Khas. – mynewshub.cc

Tags: Musa Hassanpolis
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Tony Pua Mengaku Tulis Sendiri Hantaran Facebook

Tony Pua Mengaku Tulis Sendiri Hantaran Facebook

21/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Pengerusi Jawatankuasa Disiplin DAP, Tony Pua memaklumkan beliau telah dipanggil pihak polis bagi memberi keterangan berhubung hantaran...

Wanita Menyamar Kakitangan Hospital Sultanah Aminah Minta Bayaran Masuk Wad RM30

Wanita Menyamar Kakitangan Hospital Sultanah Aminah Minta Bayaran Masuk Wad RM30

22/04/2026
0

JOHOR BAHRU – Pihak pengurusan Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru (HSAJB) memaklumkan wanita yang menyamar sebagai staf hospital meminta bayaran...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd