• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Muhyiddin Sudah Tak Berminat Dengan UMNO

oleh Ahmad Albab
27/06/2016
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA BHARU – Keputusan Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk tidak membuat sebarang rayuan selepas digantung mahupun dipecat daripada UMNO menunjukkan bekas timbalan presiden itu tidak lagi berminat untuk bersama parti.

Anggota Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Dr. Mohd. Puad Zarkashi berkata UMNO sentiasa memberi peluang kepada anggotanya untuk membuat rayuan namun peluang itu tidak digunakan Muhyiddin dengan sebaik-baiknya.

Beliau juga menyifatkan tidak timbul isu dakwaan Muhyiddin tidak mendapat surat tunjuk sebab daripada Majlis Tertinggi UMNO mahupun Lembaga Disiplin dan Tatatertib parti kerana beliau tahu had mana yang membenarkan surat berkenaan dikeluarkan ataupun tidak.

“Dia (Muhyiddin) kata bahawa darah dan dagingnya adalah UMNO tapi kenapa dia tak merayu, sebab itu saya rasa bahawa dia tahu dia sudah ‘cross the line’.

“Pada saya dia sudah tidak lagi berminat untuk bersama dalam perjuangan UMNO. Kalau dia rasa tak adil, merayulah kenapa dia tak dikenakan surat tunjuk sebab, sebab dia pernah menjadi Timbalan Presiden dan Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan dan mengendalikan banyak kes-kes tatatertib ini,” katanya.

Mohd. Puad berkata demikian kepada pemberita sempena Program Kasih Ramadan Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa) yang turut dihadiri kira-kira 1,000 kakitangan jabatan tersebut di sini, malam tadi.

Jumaat lepas, UMNO memecat Muhyiddin dan Mukhriz kerana melakukan pelanggaran disiplin, manakala Naib Presiden UMNO Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal juga digantung keanggotaannya sehingga Majlis Tertinggi UMNO menerima laporan daripada Lembaga Disiplin dan Tatatertib parti.

Ditanya mengenai UMNO Bahagian Pagoh yang tidak berpuas dengan pemecatan Muhyiddin, Mohd. Puad berkata UMNO bahagian itu mungkin merasa tertekan dengan tindakan parti yang memecat ketua mereka.

“Saya rasa alasan mereka untuk menolak keputusan Majlis Tertinggi adalah tidak kukuh tetapi kami faham bahawa mungkin ketika ini mereka agak tertekan dan pada saya biarlah mereka mengambil masa untuk memikirkan secara lebih bijaksana keputusan tersebut.

“Biar mereka diberi lebih banyak masa untuk berfikir… mungkin ketika ini mereka sedang beremosi,” katanya. – BERNAMA

Tags: Muhyiddin YassinPuad Zarkashi
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Plot ‘Muhyiddin Exit’ Dan Pergaduhan Besar Dalam PAS

Plot ‘Muhyiddin Exit’ Dan Pergaduhan Besar Dalam PAS

31/01/2026
0

KUALA LUMPUR: Bekas Ketua Setiausaha Sulit Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini mendedahkan perihal kemelut dalaman Perikatan Nasional (PN), peranan...

PN Diminta Sahkan Peletakan Jawatan Muhyiddin

PN Diminta Sahkan Peletakan Jawatan Muhyiddin

11/01/2026
0

Kuala Lumpur: Tan Sri Abdul Hadi Awang menggesa Perikatan Nasional (PN) mengadakan mesyuarat tergempar Majlis Tertinggi (MT), selaras Fasal 8.3(l)(b)...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd