• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, June 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

MRT 2: Pemilik Strata Ampang Park Mahu Lakaran Teknik Projek

oleh Ahmad Albab
27/06/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Sekumpulan 39 pemilik strata pusat beli-belah Ampang Park di sini memohon untuk mendapatkan lakaran teknikal dan spesifikasi bagi projek pembinaan MRT laluan dua (MRT 2) bawah tanah stesen Ampang Park.

Peguam Jason Ng Kau yang mewakili kumpulan pemilik strata itu berkata permohonan itu difailkan pada 17 Jun lepas bagi memohon perintah Mahkamah Tinggi supaya Pentadbir Tanah Wilayah Persekutuan, Pengarah Tanah dan Galian Wilayah Persekutuan dan Mass Rapid Transit Corporation Sdn. Bhd. (MRT Corp) selaku responden menyerahkan dokumen berkenaan.

Beliau berkata, lakaran teknikal dan spesifikasi projek pembinaan itu bertujuan bagi menyangkal dakwaan responden bahawa terdapat isu keselamatan berhubung pembinaan itu sekiranya pusat beli-belah berkenaan tidak dirobohkan.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas prosiding di dalam kamar Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Hanipah Farikullah, yang turut dihadiri Peguam Kanan Persekutuan Shamsul Bolhassan mewakili responden.

Jason berkata projek pembinaan MRT laluan 1 (MRT 1) bawah tanah di Bukit Bintang berjaya dilakukan tanpa merobohkan bangunan-bangunan tinggi di sana, oleh itu tiada keperluan untuk meroboh pusat beli-belah Ampang Park kerana bangunan di kawasan itu tidak setinggi di Bukit Bintang.

“Mahkamah menetapkan 29 Jun ini untuk kedua-dua pihak menfailkan hujahan dan 30 Jun untuk pendengaran permohonan pemohon untuk mendapatkan dokumen itu,” katanya.

Shamsul pula berkata pihaknya menyokong bantahan MRT Corp untuk penzahiran dokumen itu kerana maklumatnya adalah sulit.

Pada 8 Jan, lepas, 39 peniaga berkenaan, yang merupakan pemegang strata bagi premis itu memfailkan permohonan kebenaran semakan kehakiman menamakan Kementerian Wilayah Persekutuan, Kerajaan Malaysia, Pengarah Tanah dan Galian dan Pentadbir Tanah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sebagai responden.

Bagaimanapun, pada 20 Jan lepas, kumpulan itu menggugurkan Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kerajaan Malaysia sebagai responden dalam permohonan semakan kehakiman itu.

Mereka memohon deklarasi bahawa Borang D bertarikh 17 Ogos 2015 dan Borang E bertarikh 22 Okt 2015 Akta Pengambilan Tanah 1960 yang dikeluarkan responden adalah tidak berperlembagaan, menyalahi undang-undang, batal dan tidak sah.

Mahkamah Tinggi di sini pada 20 Jan lepas, membenarkan permohonan kumpulan itu untuk mendapatkan kebenaran bagi mencabar keputusan tersebut. – BERNAMA

Tags: MRT
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Tambang Percuma MRT Putrajaya Sehingga 31 Mac

Tambang Percuma MRT Putrajaya Sehingga 31 Mac

16/03/2023
0

KUALA LUMPUR : Khabar gembira untuk rakyat Malaysia khususnya warga kota apabila mereka boleh menikmati tambang percuma bagi Transit Aliran...

MRT Putrajaya Kemudahan Baharu Pengangkutan Awam Ibu Kota

MRT Putrajaya Kemudahan Baharu Pengangkutan Awam Ibu Kota

16/03/2023
0

KUALA LUMPUR : Warga kota kini boleh menikmati perkhidmatan Transit Aliran Massa (MRT) laluan Putrajaya fasa 2 yang mula dibuka...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd