• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, October 1, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Melaka Peruntuk RM2.58 Juta Untuk Bantuan Khas Raya

oleh Ahmad Albab
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

MELAKA – Kerajaan negeri Melaka memperuntukkan RM2.58 juta bagi bayaran bantuan khas kewangan sebanyak RM500 sebagai persiapan Hari Raya Aidilfitri kepada 5,156 penjawat awam di negeri itu.

Ketua Menteri Datuk Seri Idris Haron berkata bantuan tersebut melibatkan semua kakitangan tetap, pihak berkuasa tempatan, badan berkanun dan kontrak di negeri itu dengan pembayaran akan dilakukan pada 13 Jun ini.

“Bantuan ini selaras dengan inisiatif kerajaan pusat yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bagi meringankan beban rakyat terutama dalam kalangan penjawat awam bagi menyambut Hari Raya Aidilfitri,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan penutup ‘Wacana Eksekutif Indeks Syariah Malaysia’ peringkat negeri Melaka di sini.

Idris turut menasihati penjawat awam di negeri itu supaya menggunakan bantuan tersebut secara berhemah dan tidak melakukan pembaziran.

Semalam, Najib mengumumkan bayaran Bantuan Khas Kewangan sebanyak RM500 sebagai persiapan Aidilfitri kepada penjawat awam Gred 54 dan ke bawah melibatkan 1.6 juta penjawat awam yang akan dibayar pada 13 Jun depan.

Perdana Menteri turut mengumumkan Bayaran Bantuan Khas Kewangan RM250 kepada 743,000 pesara kerajaan bagi menghargai jasa perkhidmatan mereka. – BERNAMA

Tags: bantuanMelaka
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Cadang Resort Vila Atas Air Ikonik Di Crystal Bay Melaka, Bernilai Lebih RM240 Juta

Cadang Resort Vila Atas Air Ikonik Di Crystal Bay Melaka, Bernilai Lebih RM240 Juta

27/09/2026
0

MELAKA: Sebuah syarikat tempatan, Tuah Tower Sdn Bhd, mencadangkan kepada Kerajaan Negeri Melaka pembinaan sebuah resort mewah berkonsepkan vila atas...

Video Zahid Mahu Teruskan Persefahaman BN-PN Di Melaka Kembali Tular

Video Zahid Mahu Teruskan Persefahaman BN-PN Di Melaka Kembali Tular

22/08/2026
0

KUALA LUMPUR – Rakaman video kenyataan Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi pada 1 Ogos lalu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd