Sunday, May 5, 2024

Creating liberating content

Petronas FP1: Superbike Pertama...

Petronas FP1 merupakan motorsikal kuasa tinggi pertama Malaysia yang dihasilkan pada tahun 2003.Dibangunkan...

Kajian Pendek SOP 21...

PUTRAJAYA - Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat sedang mengkaji untuk memendekkan prosedur...

Ejen Memang Tidak Diperlukan...

IPOH - Seorang lelaki warga emas bersyukur kerana tidak terpedaya dengan tipu helah seorang lelaki yang menghubunginya mendakwa sebagai...

EU Benarkan Novavax Sebagai...

BRUSSELS : Suruhanjaya Eropah membenarkan vaksin keluaran syarikat Amerika Syarikat (AS), Novavax sebagai...

Masa Terbaik Usahawan Muslim Sertai Kempen Iklan TV

SETELAH berjaya mempromosi 300 jenama usahawan Muslim melalui kempen Iklan Murah Bazar Ramadan, TV Alhijrah mini menawarkan dua lagi pakej hebat yang dilancarkan sempena Syawal.

Musim perayaan dilihat sebagai waktu puncak bagi kuasa beli pengguna terutama terhadap produk berkaitan sambutan Hari Raya Puasa.

Produk berkaitan pakaian, hiasan, aksesori, dekor, makanan dan minuman serta kecantikan antara jenama premium pada musim perayaan. Justeru, usahawan Industri Kecil dan Sederhana dipelawa menyertai kempen ini yang bermula 18 Jun nanti.

Dua pakej istimewa dilancarkan TV Hijrah. Pakej Emas Syawal menawarkan 100 siaran slide iklan berdurasi 10 saat per siaran dengan kos RM10 ribu.

hijj

Manakala Pakej Permata menawarkan gandaan 300 siaran slide iklan berdurasi 10 saat per siaran dengan kos RM25 ribu.

hijjj


Semua slot iklan pakej ini akan diatur secara purata dalam setiap program harian yang bersiaran antara pukul 10.00 pagi hingga 12.00 malam. Tempoh siaran pakej ini akan berakhir pada 5 Ogos (30 Syawal).

Bagi usahawan yang ingin menyiarkan iklan berdurasi 20 saat dan 30 saat, jumlah per siaran akan dibahagi berdasarkan pakej yang dibeli.

Bagi yang memerlukan bantuan, TV Alhijrah menyediakan khidmat produksi slide iklan dengan menyediakan skrip dan rakaman audio. Usahawan hanya perlu menghantar foto resolusi tinggi bagi memastikan kualiti slide iklan kelihatan cantik di kaca TV.

hij

Bagi yang berminat, sila hubungi talian: 011 2172 1211, 011 2829 0198 atau 018 2139 170. -MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori