• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 29, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mara Digital Anggerik Mall Bakal Beroperasi Selepas Raya

oleh Ahmad Albab
30/06/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Kesemua 52 kios di pusat barangan teknologi maklumat Bumiputera, MARA Digital Anggerik Mall di sini dijangka beroperasi sepenuhnya selepas Aidilfitri.

Pengarah Urusan Interlink Impact Holding Sdn Bhd, Amizar Abu Adam yang menguruskan MARA Digital Mall berkata sehingga kini sebanyak 70 peratus peniaga telah memeterai perjanjian perniagaan di situ.

“Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dijadualkan akan merasmikan MARA Digital Mall bulan depan,” katanya kepada pemberita selepas perasmian majlis ‘Eratkan Jalinan, Semarakkan Syawal’ yang disempurnakan Ketua UMNO Bahagian Shah Alam, Datuk Azhari Shaari malam tadi.

MARA Digital Anggerik Mall merupakan cawangan kedua selepas mall yang pertama dibuka di Jalan Tuanku Abdul Rahman, Kuala Lumpur.

Pada Disember tahun lepas, Ismail Sabri dilaporkan berkata MARA Digital Mall akan diperluas di setiap ibu negeri seluruh negara tahun ini untuk memberi peluang kepada lebih ramai golongan Bumiputera melibatkan diri dalam pasaran digital dan teknologi maklumat.

Amizar berkata para peniaga di MARA Digital Anggerik Mall akan menikmati pengecualian bayaran sewa selama tiga bulan sehingga perniagaan mereka stabil dan mendapat keuntungan.

Mengenai kelewatan pembukaan mall itu yang sepatutnya bulan ini, beliau berkata ia disebabkan Interlink Impact Holding hanya mendapat kelulusan untuk menguruskan mall itu pada hujung bulan lepas.

“Kita cuba percepatkan segala persiapan. Kita sasarkan untuk menarik kira-kira 60 peratus golongan berusia 40 tahun ke bawah yang menetap di Shah Alam, Klang dan Petaling Jaya untuk mengunjungi mall ini.

“Secara tidak langsung kita juga ingin membantu memajukan Anggerik Mall ini yang kurang dikunjungi pelanggan walaupun telah beroperasi selama 10 tahun,” katanya.

Beliau berkata MARA Digital Anggerik Mall turut melibatkan penyertaan syarikat telekomunikasi seperti Maxis, Celcom dan DiGi serta syarikat pengeluar alat telekomunikasi terkenal iaitu Samsung.

Beberapa aktiviti dan promosi hebat bakal dilaksanakan di MARA Digital Anggerik Mall seperti cabutan bonanza berupa barangan dan produk ICT serta beberapa hadiah misteri yang bakal dimenangi oleh pengunjung dan pembeli bertuah, tambahnya. – BERNAMA

Tags: Mara DigitalShah Alam
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Lelaki `Gila’ Jadikan Patung Seks Sebagai Kekasih

Next Post

PKR Lebih Layak Pangku Ketua Menteri Pulau Pinang

Related Posts

Bunyi Seakan Letupan Di Shah Alam, MBSA Diminta Cari Punca – Exco

Bunyi Seakan Letupan Di Shah Alam, MBSA Diminta Cari Punca – Exco

23/05/2025
0

Shah Alam: Kerajaan negeri memandang serius isu bunyi seakan letupan di sekitar Shah Alam yang masih menjadi tanda tanya dalam...

Gangguan Bekalan Air Di Klang, Shah Alam, Kuala Selangor Esok

Gangguan Bekalan Air Di Klang, Shah Alam, Kuala Selangor Esok

21/05/2023
0

SHAH ALAM : Lebih sejuta penduduk di sekitar Klang, Shah Alam dan Kuala Selangor bakal mengalami gangguan bekalan air tidak...

Next Post

PKR Lebih Layak Pangku Ketua Menteri Pulau Pinang

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd