• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PKR Lebih Layak Pangku Ketua Menteri Pulau Pinang

oleh Ahmad Albab
30/06/2016
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

GEORGE TOWN – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berjaya menahan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dan bekas pemilik banglo yang terletak di Jalan Pinhorn, Phang Li Koon semalam.

Setiausaha Agung DAP itu ditahan di pejabatnya di Tingkat 28, Bangunan Komtar selepas mempenerusikan mesyuarat Exco manakala wanita tersebut pula ditahan di pejabatnya di Tingkat 6, Penang Garden, di sini.

Susulan penahanan itu, DAP Pulau Pinang akan mengadakan satu mesyuarat tergempar pada Khamis sejurus selepas Guan Eng dibenarkan untuk diikat jamin oleh mahkamah hari ini selepas dihadapkan ke mahkamah.

Menurut sumber, mesyuarat khas itu diadakan bagi mengumumkan Pengerusi DAP Pulau Pinang, Chow Kon Yeow untuk memangku jawatan Ketua Menteri Pulang Pinang, kerana beliau merupakan exco kanan kerjaan negeri.

Secara logiknya, dari segi struktur pentadbiran rasmi, yang layak memangku jawatan itu ialah Datuk Mohd. Rashid Hasnon, yang merupakan Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang dan antara pemimpin kanan PKR Pulau Pinang.

Walau bagaimanapun, DAP dikatakan hanya akan mengumumkan Kon Yeow sebagai pemangku jawatan Ketua Menteri itu kerana tidak sanggup mahu melepaskan kerusi panas mereka daripada ‘jatuh’ pula ke tangan PKR.

GEORGE TOWN, 09 Mei -- Yang Dipertua Negeri Tun Abdul Rahman Abbas bergambar bersama anggota barisan Exco dan pentadbir negeri selepas majlis angkat sumpah barisan Exco di Dewan Sri Pinang di sini hari ini. --fotoBERNAMA (2013) HAKCIPTA TERPELIHARA
Yang Dipertua Negeri, Tun Abdul Rahman Abbas bergambar bersama anggota barisan Exco Pulau Pinang selepas majlis angkat sumpah barisan Exco di Dewan Sri Pinang. – Gambar hiasan

Bukankah DAP sering bangga berkata bahawa mereka memperjuangkan hak sama rata dengan semua kaum sekali gus mestilah tidak akan menindas antara satu sama lain apatah lagi parti sekutu sendiri dalam Pakatan Harapan?

Mengapakah jika hal yang berkaitan dengan kepentingan mereka, DAP segera sanggup tergamak pula mengetepikan hak Mohd. Rashid yang lebih layak untuk memangku jawatan penting tersebut dari sudut birokrasi?

Maka sekarang, inilah masa yang sesuai untuk membuktikan bahawa DAP memang tidak ‘kemaruk’ kuasa dengan menyerahkan jawatan itu dipangku ADUN Pantai Jerejak tersebut berbanding diberikan kepada Kon Yew.

Malangnya, nasib Mohd. Rashid sama sahaja seperti Timbalan Ketua Menteri yang sebelum itu, Datuk Mansor Othman hanya dieksploitasi dan kemudian ditendang keluar kerana menggelar sinis Guan Eng sebagai ‘tokong’

Terbukti DAP sebenarnya hanya menjadikan PKR dan PAN sebagai kuda tunggangan untuk mencapai matlamat mereka yang tersendiri malah jika dilhat dengan teliti, DAP berjaya memperbodohkan ‘rakan sepasukan’ mereka.

Sama-sama kita tunggu langkah licik DAP memperkotak-katikkan PKR dalam menangani skandal banglo ‘murah’ milik Guan Eng hanya kerana tamakkan sangat jawatan ketua menteri Pulau Mutiara itu. – MYNEWSHUB.CC

Tags: DAPketua menteriLim Guan EngPKRPulau PinangSPRM
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

PM Anwar Pesan Pastikan Parlimen Pandan Kekal Milik PKR – Tengku Zafrul

PM Anwar Pesan Pastikan Parlimen Pandan Kekal Milik PKR – Tengku Zafrul

19/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim meminta jentera parti itu memastikan kerusi Parlimen Pandan kekal milik Parti...

Sultan Selangor Saran ADUN DAP Siew Ki, Ronnie Liu Kunjungi Plak Monumen Rukun Negara Seminggu Sekali

Sultan Selangor Saran ADUN DAP Siew Ki, Ronnie Liu Kunjungi Plak Monumen Rukun Negara Seminggu Sekali

19/05/2026
0

SHAH ALAM - Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah menyarankan Wong Siew Ki dari DAP dan bekas Exco DAP Negeri...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd