• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, July 6, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mahathir Mursyidul Am Pakatan Harapan?

oleh Ahmad Albab
13/06/2016
dalam Politik
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Tindakan Parti Amanah Negara (PAN) mempergunakan mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir bagi memancing undi dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kangsar dan Sungai Besar dikecam sebilangan besar penyokong pembangkang.

PAN dalam satu kenyataan hari ini memberitahu, Mahathir dalam satu majlis malam tadi menyatakan sokongan terbuka beliau ke atas calon Pakatan Harapan dan menyeru orang ramai menolak calon UMNO.

Pemilik akaun Facebook Muhamad Qalif menyelar pemimpin PAN terbabit kerana didakwa terlupa bahawa Mahathir merupakan orang yang bertanggungjawab dalam peristiwa Memali.

“PAN sudah lupa darah Memali di tangan Mahathir sehingga sekarang Mahathir tidak mohon maaf kepada balu dan anak yatim Memali,” tegasnya.

Pemilik akaun Facebook Aminuddin Saad pula berkata, Melayu memang mudah terlupa kerana Mahathir pernah menyatakan tokoh pembangkang, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat membawa malapetaka kepada negara.

Beliau turut menyiarkan satu keratan lama akhbar mengenai kenyataan Mahathir bertajuk ‘Nik Aziz bawa malapetaka kepada negara’.

Pengguna Facebook Naser Salleh pula menyindir Pakatan Harapan berkerjasama dengan Mahathir kerana ia sebuah gabungan politik yang mempunyai agenda tersembunyi masing-masing.

Seorang lagi pengguna Facebook pula mempersoalkan sama ada suara bekas Ketua Pembangkang dan Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim yang sedang menjalani hukuman penjara sudah tidak laku dalam Pakatan Harapan.

“Mahathir la yg jd mursyidul diorg sekarang..,” katanya.

Anwar sebelum ini menggesa supaya Pakatan Harapan tidak mengadakan kerjasama dengan Mahathir kerana Mahathir dianggap sebagai manusia licik yang sanggup berbuat apa sahaja untuk memenuhi cita-citanya.

Seruan Anwar melalui satu warkah yang ditulisnya dari penjara itu bagaimanapun diabaikan sebilangan besar pemimpin PKR dan pemimpin Pakatan Harapan yang lain iaitu DAP dan PAN.

Mahathir mula menjalin kerjasama dengan Pakatan Harapan selepas semua usahanya untuk menjatuhkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak secara kotor gagal.

Beliau berdendam dengan Najib kerana enggan memenuhi pelbagai permintaannya dalam banyak perkara termasuk berhubung pembinaan jambatan bengkok di Johor.

Sehubungan itu, mantan Perdana Menteri itu berhasrat menaikkan pengikut setianya, Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri dan anaknya, Datuk Seri Mukhriz sebagai Timbalan Perdana Menteri yang baharu. – MYNEWSHUB.CC

Tags: Mahathir Mohamadpakatan harapan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PRN Johor: Maszlee Janji Masalah Banjir, Jalan Berlubang Selesai

PRN Johor: Maszlee Janji Masalah Banjir, Jalan Berlubang Selesai

06/07/2026
0

JOHOR BAHRU – Calon pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, Dr Maszlee Malik sekali lagi menabur janji kepada pengundi dengan...

Facebook Najib Razak Hairan PH 24 Jam Seru Nama Najib

Facebook Najib Razak Hairan PH 24 Jam Seru Nama Najib

06/07/2026
0

KUALA LUMPUR – Laman Facebook Najib Razak mempersoalkan mengapa bekas Perdana Menteri itu dijadikan fokus kempen oleh Pakatan Harapan (PH)...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd