• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 21, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lambat Ke Mahkamah, Lydiawati Diberi Amaran Keras

oleh Ahmad Albab
26/06/2016
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Mahkamah Majistret Ampang di sini memberi amaran keras kepada pelakon popular tahun 80-an, Lydiawati, kerana gagal hadir awal di mahkamah hari ini untuk sebutan kesnya yang menghadapi tuduhan mencederakan seorang wanita menggunakan besi, Mac lepas.

Majistret Haslinda A. Raof memberi amaran itu selepas Lydiawati, 51, atau nama sebenarnya Salina Zaimon, yang memakai jubah dan bertudung hitam dipanggil ke kandang tertuduh pada pukul 11.43 pagi.

Ketika ditanya Majistret Haslinda, Lydiawati memberi alasan punca kelewatan adalah kerana dia baru sahaja diberitahu yang dia perlu hadir di mahkamah hari ini.

Majistret Haslinda kemudian bertanya bagaimana tertuduh tidak tahu dia perlu hadir di mahkamah hari ini sedangkan mahkamah telah menetapkan tarikh sebutan kes pada prosiding lepas.

Peguam Fatimah Zahrah Ramli yang mewakili Lydiawati memaklumkan tertuduh menunggu pegawai penyiasat (IO) menghubunginya sebelum hadir di mahkamah.

“Itu bukan tanggungjawab IO, itu tanggungjawab tertuduh sendiri. Saya batalkan waran tangkap dan memberi amaran keras, jika lain kali terlewat lagi, saya naikkan jaminan,” kata Majistret Haslinda.

Terdahulu, mahkamah yang mula bersidang pada 9 pagi telah memanggil pelakon itu pada pukul 10.37 pagi dan mengeluarkan waran tangkap terhadapnya kerana tertuduh dan penjaminnya tidak hadir.

Bagaimanapun pada pukul 11.13 pagi, Lydiawati tiba di mahkamah ditemani seorang rakan.

Dalam prosiding sama, Timbalan Pendakwa Raya, Raihanah Abdul Razak memaklumkan dokumen berkaitan kes itu telah pun diserahkan kepada pihak pembelaan.

Pada 16 Mei lepas, Lydiawati yang terkenal menerusi filem ‘Suami, Isteri dan ….’ mengaku tidak bersalah dengan sengaja mendatangkan kecederaan ke atas Sharifah Harnizam Wan Musa, 43, seorang peniaga warga Brunei dengan memukulnya menggunakan besi.

Ibu tunggal dua anak itu didakwa melakukan kesalahan itu di Hotel Safari 2, Jalan Mamanda 9, Ampang di sini, pada 6.30 petang, 24 Mac lepas, mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun atau denda atau sebat atau mana-mana dua daripada seksaan itu, jika sabit kesalahan.

Pada 25 Mac lepas, Lydiawati telah memuat naik dua video menunjukkan dirinya memukul seorang wanita dalam akaun Facebook miliknya sehingga menjadi viral. – BERNAMA

Tags: kes mahkamahlydiawati
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

2 Beradik Maut, 7 Cedera Kemalangan Di Kota Tinggi

Next Post

Ugutan Pengerusi NGO: Polis Terima 3 Laporan Mangsa

Related Posts

JIPS Siasat Tindakan Juruiring Tahan Kenderaan Berat Secara Tiba-tiba

Penggangur Didakwa Tipu RM8,000 Konon Boleh Bantu Selesai Kes Mahkamah

26/02/2024
0

Butterworth: Seorang penganggur didakwa di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas dua pertuduhan memperdaya seorang lelaki menyerahkan RM8,000 bagi...

Kes Mahkamah: UMNO Tak Pernah Minta Campur Tangan PM

Kes Mahkamah: UMNO Tak Pernah Minta Campur Tangan PM

23/08/2022
0

IPOH - UMNO tidak pernah mendesak sebarang campur tangan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berhubung kes mahkamah...

Next Post

Ugutan Pengerusi NGO: Polis Terima 3 Laporan Mangsa

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd