• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, October 1, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

2 Beradik Maut, 7 Cedera Kemalangan Di Kota Tinggi

oleh Ahmad Albab
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHARU – Kepulangan enam sekeluarga dari berniaga dari bandar Kota Tinggi dekat sini berakhir dengan tragedi apabila dua daripada mereka maut dalam kemalangan melibatkan empat kenderaan di Kilometer 37, Jalan Johor Baharu-Mersing, berhadapan persimpangan Tai Hong, awal pagi ini.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi Supt Rahmat Othman berkata kedua-dua mangsa, Nursyahirah Mohamed, 23, dan adiknya Nurhayati, 10, maut di tempat kejadian kerana kecederaan parah di kepala dan badan.

Bapa Nursyahirah, Mohamed Muhamed Noh, 50, bersama ibunya, Fatimah Abd Wahid, 47, serta dua lagi adik perempuannya, sekadar cedera ringan dan dirawat di Hospital Kota Tinggi, katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Kejadian kira-kira 1.36 pagi itu turut mengakibatkan kecederaan kepada tiga lagi pemandu serta penumpang kenderaan lain.

Menurut Rahmat, kemalangan dipercayai berlaku apabila kereta jenis Proton Waja yang dipandu seorang lelaki ke arah Kota Tinggi, hilang kawalan lalu memasuki laluan bertentangan dan bertembung dengan kereta jenis Perodua Kancil dipandu Nursyahirah.

“Pertembungan menyebabkan kenderaan Nursyahirah berpusing dan bergesel dengan van yang dipandu bapanya, sebelum melanggar sebuah lagi motokar jenis Perodua Viva yang berada di hadapannya,” kata beliau.

Rahmat berkata ketika kejadian, permulaan jalan adalah kering dan kawasan persekitaran pula berhampiran premis makanan dan sebuah gereja.

“Kami menahan reman pemandu kereta Waja berusia 25 tahun itu selama tiga hari sehingga Ahad ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – BERNAMA

Tags: Johorkemalangan maut
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Empangan Machap Susut, Johor Laksana Pembenihan Awan Pastikan Bekalan Air Mencukupi

Empangan Machap Susut, Johor Laksana Pembenihan Awan Pastikan Bekalan Air Mencukupi

21/09/2026
0

JOHOR BAHRU - Bekalan air di Johor masih berada dalam keadaan terkawal meskipun paras Empangan Machap menunjukkan penyusutan susulan cuaca...

Johor Super Crown Polo Buka Potensi Pelaburan Ratusan Bilion Untuk Johor

Johor Super Crown Polo Buka Potensi Pelaburan Ratusan Bilion Untuk Johor

11/09/2026
0

JOHOR BAHRU - Penganjuran Johor Super Crown Polo membuka potensi pelaburan bernilai ratusan bilion untuk Johor, menurut Pemangku Sultan Johor,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd