• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, June 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Luluh Hati Lihat Gerai Terbakar Sekelip Mata Di Taman Keramat

oleh Ahmad Albab
08/06/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – “Saya tidak tahu nasib kami sekeluarga untuk berniaga selepas ini bagi mencari rezeki meneruskan hidup,” luah seorang peniaga gulai kawah yang gerainya musnah dalam kebakaran di Jalan AU2 B, Taman Keramat, Hulu Klang, di sini hari ini.

Peniaga wanita berusia 25 tahun itu, yang enggan dinamakan, berkata ketika itu berliau bersama keluarganya sedang berehat di dalam gerai untuk berniaga di bazar Ramadan Keramat dan terhidu seakan benda yang terbakar.

“Ketika itu saya sedang berehat bersama keluarga tiba-tiba bau hangit datang dari arah dapur dan saya lihat api besar sedang marak.

“Saya terkejut melihat api dan memanggil ahli keluarga yang lain untuk keluar menyelamatkan diri tetapi tidak untuk mengambil barang-barang lain kerana hangus dalam sekelip mata,” katanya ketika ditemui Bernama di lokasi kejadian.

Beliau yang tujuh tahun berniaga di Taman Keramat berkata selain gerainya yang terbakar, lima gerai sederet dengan gerainya turut terjejas.

Seorang peniaga jamu, Che Umi Mohd Hashim, 49, yang turut ditimpa dengan kejadian yang sama berkata gerai jamunya yang baru sahaja dibuka enam bulan lepas turut musnah.

“Saya terkedu apabila menerima panggilan daripada pekerja saya memaklumkan gerai saya terbakar dan mengetahui kejadian ini pada pukul 4.30 petang tadi,” katanya.

Che Umi menyifatkan kejadian itu sebagai satu dugaan baginya dalam meneruskan perniagaan meskipun baru membuka cawangan baharu di deretan gerai di Taman Keramat.

Sementara itu, Ketua Pusat Gerakan Operasi Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur, Samsol Maarif Saibani berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 3 petang tadi dan tiba 12 minit kemudian di lokasi kejadian.

“Selepas menerima panggilan, saya segera mengerahkan seramai 15 anggota bomba dari balai Keramat dan Setapak serta dua buah jentera FRT untuk ke lokasi.

“Ketika tiba, api marak dengan pantas menyambar gerai bersebelahan serta sebuah kereta jenis Ford Ranger dan bomba mengambil masa selama 20 minit untuk mengawal api,” katanya.

Samsol berkata punca kebakaran sedang disiasat manakala jumlah sebenar kerugian gerai itu masih dalam siasatan. – BERNAMA

Tags: kebakaran
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Identiti Lima Sekeluarga Terkorban Dalam Kebakaran Ulu Dong Disahkan

Identiti Lima Sekeluarga Terkorban Dalam Kebakaran Ulu Dong Disahkan

26/02/2026
0

Raub: Polis mengesahkan identiti lima sekeluarga yang terkorban dalam tragedi kebakaran di Kampung Pamah Kulat, Ulu Dong, awal pagi tadi....

Bapa Nekad Redah Api Selamatkan Anak, Isteri, Cedera Melecur Pada Muka, Badan

Bapa Nekad Redah Api Selamatkan Anak, Isteri, Cedera Melecur Pada Muka, Badan

15/02/2026
0

KOTA BELUD: Seorang bapa melecur pada muka dan badan selepas nekad meredah api bagi menyelamatkan isteri serta tiga anaknya dalam...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd