• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 22, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Letupan Bom Di Puchong: Polis Siasat Semua Aspek

oleh Ahmad Albab
29/06/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Polis akan melakukan siasatan dari semua aspek termasuk elemen pengganas berhubung kejadian letupan bom di sebuah pusat hiburan di Puchong semalam.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata pihaknya perlu melakukan siasatan lanjut terlebih dahulu sebelum mengeluarkan sebarang kenyataan.

“Bagi kami jalankan siastaan terlebih dahulu dan siasatan adalah meliputi kesemua aspek termasuk pengganas.

“Kenyataan berhubung kes ini hanya akan dibuat apabila perlu sahaja,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Penyerahan Topi Keledar kepada anggota polis trafik di sini, hari ini.

Turut hadir Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Amar Singh Ishar Singh; Pengarah Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik, Datuk Mahamad Akhir Darus dan Ketua Pegawai Eksekutif Celcom Axiata Berhad, Datuk Seri Shazalli Ramly.

Katanya, orang ramai diminta untuk tidak membuat sebarang spekulasi di laman sosial berhubung kejadian itu.

Semalam, sekurang-kurangnya lapan cedera, seorang daripadanya parah, dalam insiden letupan dipercayai berpunca daripada bom tangan di sebuah premis hiburan di IOI Boulevard, Puchong dekat sini.

Ditanya mengenai kekerapan berlakunya kejadian tembak ketika ini, Khalid berkata pihaknya akan pertingkatkan rondaan termasuk penguatkuasaan di sempadan negara bagi menyekat penyeludupan senjata api ke negara ini.

“Kebanyakan mereka yang terlibat dalam kes tembak adalah penjenayah yang mendapatkan senjata api secara seludup dari negara jiran,” katanya.

Sepanjang bulan Jun sahaja, terdapat tiga kes tembak dengan yang terbaru berlaku awal pagi tadi.

Seorang pengurus besar syarikat swasta cedera parah ditembak individu yang menaiki motosikal ketika memandu kereta di Lebuhraya Utara Selatan dekat Desa Petaling awal pagi ini.

Terdahulu, sebanyak 300 buah topi keledar jenama Givi sumbangan Celcom Axiata diserahkan kepada anggota polis trafik yang bertugas sepanjang cuti perayaan Aidilfitri ini. – BERNAMA

Tags: letupan bom
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Isu Banglo: SPRM Sah Tahan LGE Dan Phang Li Khoon

Next Post

Suspek Utama Kes Tembak Ditembak Mati

Related Posts

2 Rakyat Malaysia Cedera Letupan Bom Di Narathiwat

2 Rakyat Malaysia Cedera Letupan Bom Di Narathiwat

07/05/2024
0

Kota Bharu : Dua rakyat Malaysia antara lapan individu cedera dalam kejadian bom motosikal di Jalan Phu Pha Phakdi, Daerah...

Tiada Rakyat Malaysia Terbabit Letupan Bom Di India

Tiada Rakyat Malaysia Terbabit Letupan Bom Di India

02/03/2024
0

KUALA LUMPUR: Tiada rakyat Malaysia terbabit insiden letupan bom yang mencederakan lapan orang di sebuah kafe di hab teknologi di...

Next Post

Suspek Utama Kes Tembak Ditembak Mati

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd