• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, August 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Isu Banglo: SPRM Sah Tahan LGE Dan Phang Li Khoon

oleh Ahmad Albab
30/06/2016
dalam Jenayah, Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

GEORGE TOWN – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan penahanan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng dan bekas pemilik banglo di Jalan Pinhorn, di sini Phang Li Koon.

SPRM dalam kenyataannya di sini berkata Guan Eng ditahan di pejabatnya di Tingkat 28, Bangunan Komtar di sini pada pukul 5.45 petang manakala Phang ditahan pada pukul 4.15 petang di pejabatnya di Tingkat 6, Penang Garden, di sini.

“SPRM telah melaksanakan tangkapan ke atas Guan Eng dan ahli perniagaan wanita, Phang Li Koon setelah mendapat arahan daripada Pejabat Peguam Negara untuk menuduh mereka di mahkamah esok,” kata SPRM dalam kenyataan itu.

Ketua Menteri Pulau Pinang itu dan Li Koon akan dituduh mengikut Akta SPRM 2009 di Mahkamah Sesyen Pulau Pinang di sini pagi esok.

Sementara itu, Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali berkata beliau akan mengetuai barisan pihak pendakwaan esok.

“Insya-Allah, saya akan mengetuai barisan pihak pendakwaan di Mahkamah Sesyen Pulau Pinang esok,” katanya kepada Bernama.

Guan Eng dan Li Koon dibawa ke Ibu Pejabat SPRM Pulau Pinang di Jalan Sultan Ahmad Shah di sini.

Pemimpin DAP itu dibawa ke ibu pejabat SPRM dengan diiringi peguamnya R.S.N Rayer yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri Seri Delima, dengan kereta rasmi kerajaan negeri pada 6.30 petang.

Sebelum ditahan, beliau berada di pejabatnya bagi mempengerusikan mesyuarat mingguan Exco kerajaan negeri.

Pada tengah hari, Guan Eng turut mengadakan sidang akhbar berhubung debat terowong dasar laut yang diadakan di sini malam tadi.

Sementara itu, beberapa anggota keluarga Guan Eng dilihat berada di ibu pejabat SPRM di sini.

Beliau sebelum ini disiasat SPRM berhubung pembelian sebuah banglo di Jalan Pinhorn di sini dengan harga RM2.8 juta daripada Phang dan dikatakan di bawah harga pasaran.

Mei lepas, Lim dan isterinya Betty Chew memberi keterangan di pejabat SPRM berhubung siasatan pembelian banglo itu dan penjualan tanah di Taman Manggis, Jalan Zainal Abidin, di sini, bagi membina rumah mampu milik kepada sebuah syarikat swasta.

Mac lepas, Anggota Parlimen Tasek Gelugor, Datuk Shabudin Yahaya membangkitkan kedua-dua isu itu pada persidangan Dewan Rakyat. – BERNAMA

Tags: Lim Guan EngSPRM
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

UMNO Main Peranan Utama Anthony Loke Tewas DUN Chennah – Lim Guan Eng

UMNO Main Peranan Utama Anthony Loke Tewas DUN Chennah – Lim Guan Eng

14/08/2026
0

KUALA LUMPUR - UMNO memainkan peranan utama dalam menyebabkan kekalahan Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke Siew Fook di kerusi Dewan...

Kembalikan BUDI95 Kepada 300 Liter, PMX Perlu Fahami Tekanan Ekonomi Rakyat – Lim Guan Eng

Kembalikan BUDI95 Kepada 300 Liter, PMX Perlu Fahami Tekanan Ekonomi Rakyat – Lim Guan Eng

14/08/2026
0

KUALA LUMPUR - Pengurangan kuota Budi Madani RON95 (BUDI95) daripada 300 liter kepada 200 liter adalah satu keputusan yang tidak...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd