Tuesday, May 14, 2024

Creating liberating content

Tiada Protes Gerakan #KerajaanGagal...

SHAH ALAM - Sekretariat Gerakan #KerajaanGagal memaklumkan tindakan protes dengan turun ke jalan...

Chelsea Kecewakan Sporting Lisbon...

LONDON - Chelsea mengecewakan Sporting Lisbon untuk merebut tempat dalam 16 pasukan terakhir...

KPT Beri Kerjasama Penuh...

PUTRAJAYA - Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) akan memberi kerjasama penuh kepada pihak berkuasa...

Malaysia Minta Kredit Yen...

TOKYO – Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad pada Selasa berkata beliau meminta...

Lelaki Jepun, Manusia Tertua Di Dunia Lulus Kuliah

BERMULA dengan niat mahu belajar tanpa kisahkan dirinya sudah tua, seorang lelaki di Jepun mencipta kejayaan tersendiri apabila berjaya lulus kuliah pada usia 96 tahun.

Sehubungan itu Shigemi Hirata yang dianugerahkan Ijazah Sarjana Muda dari Kyoto University of Art and Design pada awal tahun 2016, menerima sijil Guiness World Record, Jumaat lalu sebagai manusia tertua lulus kuliah.

image 1_1465040970

Hirata yang dilahirkan di sebuah ladang di Hiroshima pada 1919 menyatakan keputusan melanjutkan pelajaran dalam jurusan Seni Seramik adalah keputusan sendiri.

Mungkin kerana kagum melihat kegigihannya menuntut ilmu, Hirata menjadi popular di kampus hingga ramai pelajar termasuk yang tidak dikenali gemar menyapanya.

“Hal itu memberi saya banyak kekuatan,” katanya yang turut berkongsi impian mahu hidup hingga berusia 100 tahun.


Bukanlah sesuatu yang mudah, Hirata yang mula serius dengan seni seramik selepas bersara telah bekerja keras selama 11 tahun sebelum dapat menyelesaikan kuliahnya.

Hirata yang memiliki empat cicit dan pernah berkhidmat sebagai tentera laut ketika Perang Dunia II berkata, beliau seorang yang amat gembira apabila dapat mempelajari sesuatu perkara baru dalam kehidupan. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori