• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, November 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Denda RM1,800 Ugut Cederakan Bapa Guna Tong Gas

oleh Ahmad Albab
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Seorang pembuat plaster siling didenda RM1,800 atau sebulan penjara oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini selepas mengaku bersalah mengugut untuk mencederakan bapanya dengan menggunakan tong gas dan pemetik api.

Majistret Mohd Faizal Ismail menjatuhkan hukuman itu terhadap J. Thevakumar, 33, selepas dia mengaku bersalah melakukan ugutan jenayah itu terhadap pesara S. Jai Raman, 66, untuk menyebabkannya merasa cemas dan takut.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu di sebuah rumah di PPR Desa Rejang, Taman Setapak Jaya, di sini pada 6 petang, 7 Jun lepas mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan, yang memperuntuk hukuman penjara maksimum tujuh tahun atau dengan denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Berdasarkan fakta kes, berlaku perselisihan faham antara tertuduh dan bapanya berpunca daripada soal wang.

Dalam rayuannya, Thevakumar yang tidak diwakili peguam memohon mahkamah menjatuhkan hukuman denda paling minimum.

Timbalan Pendakwa Raya Farah Aimy Zainul Anwar memohon mahkamah menjatuhkan hukuman setimpal bagi memberi pengajaran kepada tertuduh.

Di mahkamah sama, seorang penganggur dihukum penjara tiga bulan selepas mengaku bersalah menceroboh tempat penyimpanan barangan pembinaan di sini, tiga hari lepas.

K. Subramaniam, 62, didakwa memasuki Basement 2 (tingkat bawah tanah) secara tidak sah di Bangunan My Town, Jalan Cochrane di sini pada 3 pagi, 10 Jun lepas mengikut Seksyen 447 Kanun Keseksaan, yang membawa hukuman penjara maksimum enam bulan atau dengan denda sehingga RM3,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Majistret Mohd Faizal memerintahkan tertuduh menjalani hukuman itu mulai tarikh dia ditangkap pada 10 Jun lepas. – BERNAMA

Tags: dendaKes Ugut
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Peruntukan Denda Tipu Status Halal Sehingga RM5 Juta, Tapi Hukuman Hanya RM10,000 Hingga RM30,000

Peruntukan Denda Tipu Status Halal Sehingga RM5 Juta, Tapi Hukuman Hanya RM10,000 Hingga RM30,000

05/11/2026
0

PUCHONG - Pertubuhan-Pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA) menggesa pihak berkuasa mengenakan hukuman maksimum RM5 juta yang diperuntukkan undang-undang bagi kes penipuan...

Najib Bayar Denda RM50 Juta Hari ini?

Najib Bayar Denda RM50 Juta Hari ini?

04/11/2026
0

KUALA LUMPUR - Datuk Seri Najib Razak dilaporkan akan membayar denda RM50 juta bagi membolehkan beliau menjalani baki hukuman penjara...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd