• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, August 13, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

KFC India Tampil Unik Dengan Kombo ‘Watt A Box’

oleh AK-47
27/06/2016
dalam Gajet, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

RESTORAN makanan segera, KFC sebelum ini pernah hadir dengan pelbagai gimik jualan seperti kerangka iPhone berbentuk ayam goreng serta ‘bucket’ ayam goreng dilengkapi Bluetooth bagi membolehkan pengguna mencetak foto daripada telefon pintar.

Terbaharu, KFC di India memperkenalkan kombo hidangan terbaharu ‘Watt A Box’, iaitu set yang mempunyai keupayaan untuk mengecas telefon bimbit pelanggan.

Menurut jurucakap KFC India, kombo hidangan ini akan dilengkapi dengan ‘power bank’ dan kabel USB.

KFC India Tampil Unik Dengan Kombo 'Watt A Box'

Ia boleh mengecas telefon bimbit Android serta iPhone, yang mana kadar kapasiti powerbank bersaiz 6100mAh disertakan dan terdapat sambungan USB-A untuk kabel mengecas dan MikroUSB untuk mengecas semula.

KFC India Tampil Unik Dengan Kombo 'Watt A Box'

Menurut Ketua Pegawai Pemasaran KFC India, Lluis Ruiz Ribot, kombo hidangan 5in1 diperkenalkan pada Mac lalu dengan matlamat menyediakan hidangan yang lengkap pada harga yang berpatutan.

Namun pada masa ini, promosi tersebut hanya boleh didapati di beberapa lokasi terpilih di Mumbai dan Delhi.

Apa pendapat anda? Mungkin gimik pemasaran ini agak janggal, namun harus diakui ia adalah begitu praktikal buat orang ramai yang kehabisan kuasa bateri telefon bimbit. – MYNEWSHUB.CC

Sumber: BGR

Tags: gajetKFCTeknologi
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Malaysia Harus Sasar Jadi Mini-Korea, Mini-Taiwan – Timbalan Menteri Kewangan

Malaysia Harus Sasar Jadi Mini-Korea, Mini-Taiwan – Timbalan Menteri Kewangan

03/07/2026
0

KUALA LUMPUR - Malaysia harus menyasarkan untuk menjadi Mini-Korea atau Mini-Taiwan dalam bidang teknologi dengan menghimpunkan modal, pekerja dan syarikat....

Khaled Nordin Kagum Teknologi Ketenteraan Iran, Patriotisme Rakyat

Khaled Nordin Kagum Teknologi Ketenteraan Iran, Patriotisme Rakyat

14/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin menyatakan kekaguman terhadap keupayaan teknologi ketenteraan Iran termasuk dron, roket...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd